Wednesday, May 19, 2010

Takut Kalah Pilihanraya Negeri... BN Tunai Janji...




Terkadang kita merasa sedih dan terharu mendengar ungkapan yang terpacul daripada mulut Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bila mengulas kekalahan BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak baru-baru ini.

Antara lain Najib mengaku bahawa jentera BN tidak bertenaga dan kurang kreatif berbanding dengan petugas Pakatan Rakyat. Beliau mengakui BN gagal memenangi hati rakyat dan bersedia melakukan "bedah siasat" untuk mencari puncanya.

Anehnya, Najib juga mengatakan pembangkang berjaya mengadakan ceramah setiap hari yang menyebabkan rakyat serta pengundi berpihak kepada mereka. Persoalannya, bukankah BN juga berceramah setiap hari, malah lebih hebat lagi kempen BN juga disokong oleh semua media arus perdana.

Saban hari, kita disaksikan dengan berita kemunduran dan kedaifan rakyat Sarawak dan pemimpin BN kononnya turun menghantar bantuan yang dinanti-nantikan.

Mereka turun dengan membawa berbagai-bagai projek "mee segera" serta janji pembangunan dan kebajikan untuk rakyat. Namun, anehnya Najib kecewa kerana BN tetap tewas biarpun majoriti undi pos berpihak kepada calon mereka. Soalnya sekarang kenapa rakyat Sibu menolak BN?.

Setelah beberapa tilikan dibuat, rupanya rakyat dikawasan itu memang amat benci dengan segala janji-janji manis pemimpin BN semasa berkempen di kawasan mereka.

Pemimpin BN terutamanya Muhyiddin dan Najib, cuba memperbodohkan rakyat dengan menjanjikan segala macam kemewahan dan projek pembangunan yang kesemuanya dikatakan bernilai RM5.155 billion kesemuanya.

Bayangkan, peruntukan yang sepatutnya boleh digunakan untuk seluruh rakyat Sarawak hanya mahu dihumbankan kepada pengundi di Sibu. Bukankah ini sesuatu yang diluar dugaan dan tidak masuk dek akal fikiran manusia yang waras sebenarnya.

Mereka cuba memperbodohkan pengundi di Parlimen Sibu, seolah-olah mereka semua itu "tidak ada otak" untuk membuat pertimbangan. Lantaran itulah akhirnya mereka menolak tawaran BN itu dan menganggap semuanya hanyalah "omongan kosong" dan "gula-gula pilihanraya" yang hanya bertujuan memancing undi semata-mata.

Malah mereka juga mempersoalkan, kenapa setelah beberapa penggal BN memerintah di Sarawak, segala peruntukan itu tidak kunjung tiba.

Kenapa disaat mereka terdesak untuk meraih simpati dan mendapat undi barulah "terhegeh-hegeh" memohon rakyat mengundi mereka. Antara senarai projek yang dijanjikan oleh BN sekiranya mereka menang di Pilihanraya Kecil Sibu itu ialah: -

RM4 bilion telah diperuntukkan kepada Sarawak bagi sektor Pendidikan dalam RMK9 dengan 1,700 buah sekolah telah dibina termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan

RM1 bilion untuk penebatan banjir di mana

RM300 juta telah dilaksanakan (Fasa I).

RM99 juta telah diperuntukkan kepada Sibu dalam RMK9 dan akan ditambah dalam RMK10

RM28 juta untuk Pulau Bruit bagi faedah 9,000 penduduk yang duduk di 13 Kampung di pulau tersebut dengan pemilihan Pulau Bruit sebagai Kota Agropolitan yang baru di Negara kita dengan bajet RM18 juta dan bagi projek bekalan air bersih dengan kos RM10 juta

RM18 juta diperuntukkan kepada 65 sekolah bantuan Cina dan dua buah sekolah kebangsaan

RM6.6 juta untuk kebajikan umat Islam termasuk bina dua masjid.

RM2 juta telah diperuntukan untuk naik taraf sistem perparitan dan menurap jalan di Kg Bahagia Jaya dan Kg Jeriah

RM 1 juta pemberian Komputer riba percuma bernama “Netbook 1Malaysia” bernilai RM999 untuk 1000 pelajar di Sibu yang mana menjadi sebahagian dari bujet RM1 bilion pemberian netbook percuma kepada pelajar kurang mampu seluruh Negara

RM 500,000 diperuntukkan untuk Sek. Men. Agama Sibu

Dewan Serbaguna bernilai RM250,000 yang akan dibina dalam kawasan Sek.Men.Kebangsaan Batang Igan, Dalat

RM100,000 untuk naik taraf dua buah sekolah iaitu Sek.Keb.Rantau Panjang dan Tanjung Penasu, Bawang Assan di mana majoriti pelajar adalah kaum Iban

Kemudahan wifi dengan kewujudan Kampong Wifi Pertama di Malaysia di Kampung Bahagi Jaya, Teku yang akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk

Bekalan eletrik untuk 2,000 penduduk di Sg Rasau sebelum 2012 dengan tambahan RM600 kepada setiap pintu rumah panjang bagi tujuan baik pulih

Siaran TV satelit percuma untuk 200,000 penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak bagi saluran RTM,TV3 dan Astro yang akan ditentukan kelak

Naik taraf Kolej Laila Taib menjadi sebuah Universiti pada tahun 2012.


BN Tunai Janji , Takut Tewas Pilihanraya Negeri

Tambah menarik dan mengejutkan TPM Muhyiddin Yassin mengatakan BN akan tetap menunaikan janji-janji yang telah diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Kononnya kerajaan tidak melihat pilihan raya itu sebagai satu titik penamat terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan.

Malah segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, dirinya sendiri atau mana-mana pemimpin BN sebelum ini akan ditunaikan. Soalnya, kenapa tiba-tiba Muhyiddin berdegar-degar mengeluarkan kenyataan demikian?.

Semuanya ini dek kerana BN takut mereka akan kehilangan undi dan keyakinan rakyat dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Lantaran itulah, langkah terbaik mereka mesti tunaikan segala janji-janji tersebut. maka, bertuah benarlah pengundi Sibu kerana memenangkan calon DAP, YB Wong Ho Leng itu.

Ini kerana biarpun DAP menang, maka BN tetap akan tunaikan tanggungjawab dan segala janji yang mereka taburkan itu. Soalnya sekarang, apakah janji BN itu hanya untuk rakyat di Sibu sahaja?.

Bagaimana untuk rakyat di Permatang Pauh, Penanti, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan sebagainya?. Apakah mereka juga akan dilayan secara adil dan saksama seperti di Sibu.

Sebenarnya, pemimpin BN itu mengungkapkan demikian kerana mereka gusar jika janji-janji itu tidak ditunaikan maka rakyat seluruh Sarawak akan menolak BN dalam pilihanraya negeri nanti.

Inilah yang menghantui mereka sekarang. Akhirnya mereka terjerat dek "projek mee segera dan janji" yang mereka taburkan sendiri.

Inilah padahnya bila cuba menipu rakyat, akhirnya "suara rakyat suara keramat" dan bergembiralah warga Sibu kerana projek dan peruntukan sebanyak 5.155 bilion pasti akan mereka terima sebelum pilihanraya negeri nanti.

Jika BN gagal tunaikan janji tersebut, maka harapan besar untuk seluruh negeri Sarawak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pasti akan tercapai jua akhirnya.

Sungguh kita tidak sangka, akhirnya puak-puak BN terjerat dek "janji-janji manis" yang mereka taburkan sendiri. Inilah padahnya, bila mengharap sokongan rakyat dengan merasuah mereka. Rakyat sekarang bukan lagi bodoh dan bangan macam puak-puak UMNO BN. Beri duit maka boleh dicucuk hidung macam lembu.

Mereka sudah "educated" dan pandai menilai sesuatu isu itu. Beri duit mereka ambil, tapi pangkah tetap mereka sokong "opposition party".

Inilah yang amat menakutkan pemimpin BN sebenarnya. Rakyat sudah mula bijak terutamanya kaum Cina. Mereka tidak termakan dek gula-gula yang ditaburkan oleh puak-puak BN.

Mereka mahu pilihanraya adil dan telus berlaku berlaku, namun masih lagi dilihat berat sebelah terutamanya tindakan media arus perdana yang secara terang-terang membuat provokasi supaya rakyat menolak DAP.

Anehnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) langsung tidak mengganggap itu sesuatu yang tidak adil kepada rakyat. Satu pihak boleh guna media, sedangkan satu pihak lagi terpaksa turun padang untuk menerangkan agenda mereka kepada rakyat.

Inilah yang menyebabkan rakyat simpati dan memberi undi kepada DAP sebenarnya. Agaknya, jika pilihanraya dibuat secara adil dan telus tanpa unsur-unsur rasuah maka sudah lama "UMNO BN" bungkus dan meninggalkan Putrajaya.

Namun, dek kerana sikap SPR yang terus bersekongkol dengan parti karat @ Barisan Nazak itu maka mereka masih bernafas sehingga ke hari ini. Apapun, pilihanraya umum ke-13 nanti belum tentu mereka akan ada lagi.


Pahang Daily Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails