Tuesday, May 18, 2010

Taib: Jangan ingat seekor ayam kokok, hari sudah siang

Dah Kalah.. ayam berkokokpun tak boleh kah..kah..kah..

Kata dia.. Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang tapi kat eskimo tu.. tak ada ayam berkokok pun.. hari siang jugak..

apa pun..

PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!!



KUALA LUMPUR, 18 Mei — Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kemenangan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu kelmarin bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.

Abdul Taib yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, takrifan DAP dan pakatan pembangkang terhadap keputusan itu merupakan soal lain.

Sarawak akan mengadakan pilihan raya umum negeri dipercayai dalam waktu terdekat dengan mandat semasa akan berakhir Julai 2011.

“Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.

Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berjalan dengan baik dan proses pengundian juga adalah adil.

Dengan kemenangan kelmarin DAP mempunyai dua kerusi Parlimen di Sarawak.

Ketua Menteri paling lama itu berkata, BN negeri menerima keputusan itu kerana ia merupakan pilihan rakyat di kawasan berkenaan.

“Kita akan lakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca kekalahan kerana terlalu awal untuk membuat kesimpulan,” kata beliau.

BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek mendapat 18,845 undi dan Hui Yew memperoleh 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoriti 3,235 undi bagi mengekalkan kerusi itu yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan Ho Leng dan Lim Chin Chuang daripada Parti Keadilan Rakyat.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails