Sunday, May 30, 2010

Samy!! Lagi 5000 Orang ni tak nak pecat ke?

Adakah Samy Vellu akan terus menggukakan kuasa yang dimilikinya sebagai Presiden MIC dengan memecat kesemua 5000 orang yang telah menghadiri perhimpunan GAS ini? Kerana sebelum ini kita telah mendengar beliau juga telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung part itu kerana bertindak mengkritik beliau.



Menurut laporan Agenda Daily pada jam 5.00 petang Ahad...dianggarkan antara 4,500 ke 5,000 orang berada dalam dewan Pusat Konvensyen The Mines,Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur dimana himpunan Gerakan Anti Samy Vellu berlangsung.

Asalnya penganjur GAS anggar 15,000 orang hadir.Walaupun jumlah kehadiran kurang dari yang dijangka namun ia berlangsung dalam suasana hangat termasuk seorang yang geram memukul gambar Presiden MIC dengan penyapu.

Mugilan telah mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

Mugilan juga turut mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Berita pemecatan Murugesan..

Samy pecat Murugessan

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung part itu.

Jawatan tersebut kini diisi oleh pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajugopalu.

Jumaat lalu, Murugessan telah menyatakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan empat pemimpin parti itu oleh Samy Vellu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus diberi peluang untuk mempertahankan diri di jawatankuasa disiplin parti.

Beliau merujuk kepada pemecatan dua ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Amaan, bersama dengan timbalan ketua Pemuda, V Mugilan dan pemimpin veteran dari bahagian Petalign Jaya, V Subramaniam.

Keempat mereka dipecat oleh Samy Vellu tanpa didengar oleh jawatankuasa disiplin


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails