Saturday, May 15, 2010

PRK Sibu : Tanahmu, Tanahku jua... - Taib Mahmud

Lihat bagaimana Taib Mahmud dan BN berjaya mengekalkan kuasa mereka.. mereka mengekalkan kehidupan rakyat Sarawak pada tahap kemiskinan agar mereka boleh diperlakukan apa saja, hinggakan tanah milik mereka dirampas begitu saja.. Laksana Yahudi Merampas tanah rakyat Palestine..

Kemiskinan menjadikan mereka jauh dari sumber-sumber maklumat dari Media Baru yang jelas memperlihatkan betapa daifnya hidup mereka walaupun negeri mereka kaya raya..


Kroni Taib Mahmud Terus Rampas Tanah Adat Tanpa Pampasan

Oleh Dzulkarnain Taib

SIBU 15 Mei - Penduduk Rumah Panjang Rassau di Sibu hidup dalam keadaan tidak menentu memikirkan masa depan 200 keluarga yang mungkin terpaksa berpindah jika tanah mereka dirampas oleh syarikat perladangan yang menjadi kroni kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung di rumah panjang itu, Gurkha ak Gelayan, 49, berkata setakat ini lebih 3,000 ekar tanah adat (NCR) di Kampung Jemboreng yang menjadi milik datuk moyang penduduk rumah panjang itu sejak turun temurun telah dirampas oleh syarikat pelandangan yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Abdul Taib.

Lebih menyedihkan kepada penduduk yang rata-ratanya bekerja menanam padi dan menangkap ikan tidak ada sebarang pampasan diberi kepada keluarga terbabit.

"Kami orang miskin, pendapatan tidak menentu menanam padi dan bercucuk tanam sahaja. Kadang-kadang menangkap ikan pun susah sebab harga minyak tinggi RM12 satu gelen.

"Syarikat kawan BN dia datang ke kampung kami dan ambil tanah dengan satu surat sahaja. Bila ditanya adakah kami akan dibayar pampasan mereka menjawab itu akan diuruskan kemudian. Sudah lebih tiga tahun tanah kami diambil satu sen pun kami tak dapat pagi," keluh Gurkha.

Gurkha berkata penduduk telah menulis surat bantahan kepada Jabatan Tanah dan Sirvei Sarawak mengenai pencerobohan syarikat terhadap ke atas tanah adat mereka namun agensi kerajaan tersebut memilih untuk berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan.

Rumah Panjang Rassau merangkumi sembilan rumah panjang dan akses adalah melalui perjalanan bot selama kira-kira satu jam dari Sibu.

Tinjauan Suara Keadilan yang mengikuti rombongan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke rumah panjang itu mendapati penduduk yang hidup dalam keadaan daif.

Sejak Sarawak menyertai gagasan Malaysia dalam tahun 1963, penduduk di sini tidak pernah merasai bekalan air bersih sehingga dua tahun lalu dan langsung tidak mendapat bekalan eletrik.

"Sebelum ini kamu hanya minum air hujan atau musim kemarau terpaksa minum air sungai. Kalau yang mampu bolehlah membeli 'generator' tapi bagi kebanyakan kami terpaksalah memadai dengan cahaya pelita pada waktu malam," kata Unpiang ak Ingie yang berusia 81 tahun.

Beliau berkata kemudahan di kampungnya tidak banyak berubah sejak zaman kemerdekaan.
"Jeti dikampung kami sudah dibina sejak 47 tahun lalu dan keadaan amat menyedihkan.

Setiap kali pilihan raya wakil rakyat Robert Lau (mendiang) akan datang dan berjanji untuk membina jeti yang baru. Bayangkan saya dari muda sehingga rambut saya beruban Barisan Nasional janji nak buat jeti baru tapi beginilah keadaan setiap kali pilihan raya, Barisan Nasional akan datang buat janji tapi tak pernah ditunaikan," kata Unpiang.


Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails