Tuesday, May 11, 2010

PRK Sibu : SUPP lebih UMNO dari UMNO!

"SUPP tanpa malu menuduh Pas sebagai ekstrem, walhal Pas bukan sahaja bersederhana dalam ketrampilan mereka, malah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian bukan sahaja di Sarawak dan Sabah tetapi juga di Semenanjung - keberanian yang tidak ada pada SUPP, kerana bimbang kalau-kalau terpijak jari kaki pemimpin Umno,"


Larang 'Allah' Dibawa Ke Parlimen, SUPP Lebih Umno Dari Umno

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Timbalan Persuruhjaya Kanan II Huzir Mohamed mengarahkan semua parti politik untuk tidak membawa isu kalimah Allah ke kempen pilihanraya Sibu.

Huzir dalam satu kenyataan hari ini berkata ia isu sensitif, yang mungkin boleh membawa kepada penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Isu Kalimah Allah menerjah ke kempen pilihanraya Sibu selepas calon BN, Robert Lau, enggan mengumumkan pendirianya berhubung isu pengharaman kalimah ini.

Sejumlah 53 peratus pengundi di sini menganut ajaran Kristian, dan pengharaman kalimah Allah oleh kerajaan BN menyulitkan budaya beragama majoriti penduduk Sibu.

BN bagaimanapun dijangka meneruskan propaganda menakutkan pengundi dengan isu negara Islam bagi mendorong rakyat menolak Pakatan Rakyat.

DAP mengecam larangan ini sebagai usaha untuk menyelindungi sikap ekstrem Umno dan kelemahan calon BN, Robert Lau.

"SUPP tanpa malu menuduh Pas sebagai ekstrem, walhal Pas bukan sahaja bersederhana dalam ketrampilan mereka, malah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian bukan sahaja di Sarawak dan Sabah tetapi juga di Semenanjung - keberanian yang tidak ada pada SUPP, kerana bimbang kalau-kalau terpijak jari kaki pemimpin Umno," kata Kit Siang.

Kit Siang turut memuji Pas yang menunjukkan ketrampilan sebagai sebuah gerakan Islam yang benar-benar mewakili rakyat Malaysia seluruhnya.

"Bahkan, calon BN dibawah arahan kepimpinan SUPP cuba bersikap lebih Umno dari Umno sendiri dengan mencadangkan kontroversi kalimah Allah diharamkan dari dibahas di Parlimen," tambah beliau.


TVSelangor

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails