Tuesday, May 11, 2010

PRK Sibu : Santa Claus Berbibir Merah dijangka mendarat esok!!

Walaupun sambutan hari Krismas atau hari Natal masih jauh lagi, penduduk-penduduk Sibu agak bertuah kali ini kerana Santa Claus yang berbibir merah bukan berbaju merah dijangka mendarat di Sibu dan melawat Sibu selama dua hari..

Selama dua hari itu maka akan pasti berbillion-billion lah hadiah-hadiah akan dijanjikan kepada penduduk-penduduk Sibu.. DIJANJIKAN sahaja.. perlaksanaan janji tu tak tahu bilalah..

Santa Claus berbibir merah itu diberitakan akan melakukan lawatan kerja..

Jika Santa Claus berbibir merah itu melakukan lawatan kerja atas kapasiti seorang Perdana Menteri beliau sepatutnya menjauhkan diri dari berkempen untuk calon SUPP kerana beliau sedang bekerja sebagai Perdana Menteri dan bukan sedang bercuti..

Santa Claus berbibir merah itu sepatutnya tahu gajinya sebagai Perdana Menteri dibayar dengan menggunakan wang dari hasil cukai yang dibayar rakyat yang bukan semuanya menyokong UMNO!!

Jadi jika beliau tetap berkempen untuk calon SUPP itu.. beliau telah menyalahgunakan kuasa dan harta benda Kerajaan Malaysia yang nyata jelas bukan harta mak bapak dia..


Najib lakukan lawatan kerja dua hari ke Sibu esok

2010/05/11
SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan tiba di Sibu esok untuk melakukan lawatan kerja dua hari.

Sebaik tiba kira-kira 4.30 petang, beliau dijangka beredar ke sebuah hotel terkemuka di sini bagi menghadiri perhimpunan Persatuan Sekolah-sekolah Menengah Cina Bersatu dan Persatuan Sekolah-sekolah Rendah Cina Bantuan Bersatu.

Perdana Menteri kemudian akan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Masjid An-Nur sebelum menyaksikan perarakan Tua Pek Kong di Medan Hoover.

Ini disusuli dengan majlis pelancaran Siaran RTM menerusi Program Satelit bagi Sabah dan Sarawak dan komputer 1Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum menghadiri jamuan malam bersama kalangan ahli perniagaan tempatan di venue yang sama.

Najib akan memulakan hari kedua beliau dengan bersarapan bagi bersama anggota beberapa pertubuhan belia.

Program diteruskan dengan melakukan tinjauan mesra di sekitar Pasar Pusat Sibu sebelum melawat Rumah Sebastian Ungoh di Pasai, kira-kira 20 kilometer dari sini.

Perdana Menteri akan menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama pegawai kerajaan di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails