Friday, May 14, 2010

PRK Sibu : RM1000 untuk bekas Polis Sarawak..

by Mohd Hafiz Arshad

KUCHING: Saguhati bernilai RM3.86 juta diberikan kepada 3,860 orang bekas anggota polis di negeri ini di mana mereka yang tidak mempunyai skim pencen semasa darurat 1962-1974.

Lebih RM3j diberikan kepada 3,860 bekas polis yang bertugas semasa darurat 1962-1974
Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Datuk Wan Junaidi berkata jumlah ini adalah sebahagian dari 8,118 permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

“Setakat ini kami menerima 3,860 cek untuk diserahkan kepada bekas anggota polis yang tidak mempunyai skim pencen semasa darurat dahulu.

“Setiap penerima akan menerima saguhati RM1,000 setiap seorang,” kata beliau semasa sidang media Mesyuarat Ahli Jawantankuasa PBPM negeri semalam.

Junaidi berkata permohonan yang selebihnya tidak berjaya adalah disebabkan kekurangan maklumat yang membuktikan bekas anggota polis pernah berkhidmat.

Menurut beliau kebanyakkan mereka tidak memunyai sijil-sijil yang penting seperti sijil peletakan jawatan, sijil berhenti dan sijil-sijil berkaitan bagi membuktikan mereka pernah berkhidmat sebagai anggota polis.

Setakat ini hanya gambar-gambar semasa mereka sedang berkhidmat sahaja sebagai bukti perkhidmatan mereka.

Bagaimanapun permohonan-permohonan tersebut sudah dikemukakan semula kepada pihak kementerian untuk dipertimbangkan.

Di samping itu kementerian akan mengeluarkan lebih kurang 800 cek gantian untuk diagihkan kepada penerima yang layak secepat mungkin.

“Pada malam esok (hari ini) sebanyak 56 cek gantian akan disampaikan kepada penerima-penerima di Sibu.

“Ini bukannya disebabkan pilihanraya tetapi merupakan tindakan berterusan persatuan untuk kebajikan bekas anggota polis sejak 2003 lagi,” jelas beliau.

Dalam sidang media tersebut beliau juga turut menya-rankan agar orang awam berhati-hati dengan pihak yang mengambil kesempatan di-atas usaha persatuan untuk mendapatkan dana tambahan.

Menurut beliau ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama persatuan untuk mendapatkan derma sedangkan pihak persatuan tidak mendapat sebarang derma atau suntikan dana tambahan dari mana-mana pihak.

Beliau berkata setakat ini persatuan tidak pernah mengeluarkan pelekat kereta atau baju yang menggunakan nama atau logo persatuan sebagai pertukaran untuk mendapatkan derma.

“Tahun lepas terdapat tiga kes penipuan yang telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa berjumlah lebih kurang RM20,000,” kata beliau.

Wan Junaidi menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media semalam.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails