Monday, May 10, 2010

PRK Sibu : Rakyat Sarawak setinggan di negeri sendiri

KUALA LUMPUR : Alangkah baik jika anak-anak kita dapat tinggal di Sibu dan di Sarawak di mana mereka boleh menetap bersama keluarga, bermain dengan anak-anak jiran dan bekerja apabila sampai peringkat umur mencari nafkah?

Hari ini ramai anak-anak muda kita meninggalkan kampung halaman dan negeri untuk mencari nafkah di luar.

Sesetengah dari mereka hanya mampu balik kampung sekali dalam beberapa tahun.

Ramai pula yang tidak pulang-pulang setelah meninggalkan kampung halaman.

Ada lebih 300,000 anak muda Sarawak yang terpaksa bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada peluang pekerjaan di negeri sendiri.

Kerajaan yang baik menyediakan peluang-peluang di negeri sendiri dan memupuk keluarga bahagia.

Ramai rakyat Sarawak telah menjadi setinggan di tanah sendiri.

Banyak pemilik tanah di Sarawak kini mengalami masalah besar dalam memperbaharui pajakan tanah kerana kerajaan negeri boleh menolak mana-mana permohonan tanpa sebarang sebab.

Jika kerajaan negeri enggan memperbaharui pajakan, tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pemilik tanah.

Sebaliknya jika pajakan diperbaharui, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi.

Bagi kaum Bumiputera Sarawak, tanah mereka adalah jati diri mereka.

Di bawah “politik pembangunan” BN, tanah hak adat Bumiputera (NCR) telah menjadi aset ekonomi untuk dijual atau dipajak kepada syarikat-syarikat balak dan perladangan serta pihak swasta yang lain.

Malah, pemilik tanah NCR tidak diberi peluang pekerjaan di kawasan-kawasan “projek pembangunan” ini kerana pihak syarikat lebih suka menggajikan buruh asing yang murah.


Sibu! Jom Ubah!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails