Wednesday, May 12, 2010

PRK Sibu : Menyerlahkan wajah sebenar BN/UMNO

apa kata Pakatan Rakyat yang buat signboard macam nie..?


Persaingan di Sibu sengit. Sebelum permulaan kempen ramai yang menyatakan kemungkinan calon DAP - Pakatan Rakyat menang selesa kerana berdasarkan mood pengundi cina mutakahir ini menolak Bn dengan jelas.

Namun hari ini keadaan sedikit berbeza. Sikap bermuka - muka dan hipokrit serta kreatif nya kempen Bn dalam bab manipulasi persepsi dan membohong sekali lagi meletakkan Bn di depan.

Di Hulu Selangor Bn sanggup mencetak akhbar bahan kempen rasmi mereka dengan gambar besar depan merupakan gambar Zaid yang telah dipalsukan menggunakan teknik komputer dengan menunjukkan calon KEADILAN-Pakatan Rakyat dan botol arak.

Kali ini di Sibu Bn menyebarkan poster dan bahan kempen berbunyi undi DAP bermaksud undi negara Islam, malah ada penceramah Bn yang terus terang berceramah di kalangan masyarakat cina dengan berkata "Negara Islam perlu ditolak kerana Malaysia akan jadi negara hukuman zalim, semua akan potong sana - potong sini..... Orang Melayu Umno pun tak mahu Islam kerana zalim maka orang cina Sibu harus tolak DAP kerana DAP bersama parti Islam PAS yang nak buat negara Islam"

SPR ternyata seperti kaldai kayu tak mampu berbuat apa. Dalam dalam Undang undang Pilihanraya dan Kod Etika Pilihanraya kononya serangan peribadi, serangan kepada parti lawan atau isu sensitif tidak boleh digunakan, namun nampaknya undang - undang ini hanya berlaku apabila ia merugikan regim Bn.

Contohnya apabila isu bagaimana Bn memecah belah masyarakat menggunakan isu kalimah Allah di utarakan, SPR dan Polis segera bertindak kerana isu ini membongkarkan betapa Bn bersikap hipokrit.

Penceramah Pakatan Rakyat menerangkan kepada rakyat penggunaan kalimah Allah dihalang digunakan dalam sebuah majalah yang mana lesen penerbitan dimiliki oleh sebuah pertubuhan Kristian di Selangor tetapi dibenarkan pula digunakan secara meluas di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dimana undi bukan Islam banyak dan diperlukan oleh Bn untuk menang.

Maka pendedahan ini mendidik pengundi tetapi Polis dan SPR segera bertindak dengan mengharamkan isu ini disebut. Malah media perdana pula menyelewengkan isu ini seolah Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan masyarakat dengan berkempen isu ini termasuk menceroboh gereja.


Dicopy dari Rakyat Marhaen

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails