Sunday, May 16, 2010

PRK Sibu : Hanya 46% keluar undi sehingga pukul 2.30

Pada pukul 2.30 petang tadi peratusan yang keluar mengundi ialah 46.29% atau 25,329 pengundi ini amat berbeza dengan peratusan yang keluar mengundi di Hulu Selangor pada masa yang hampir sama iaitu 63.74 % pada pukul 2.00 Petang..

Ini juga diluar jangkaan SPR, Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Sibu akan keluar mengundi..

Bahaya buat DAP/PR ni... kerana kita mengharapkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.


SIBU, 16 Mei — Kurang 50 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka — paras yang dilihat rendah — selepas enam jam proses pengundian pilihan raya kecil Sibu berlangsung.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pihaknya merekodkan 46.29 peratus atau 25,319 pengundi keluar mengundi setakat pukul 2 petang tadi. Timbalan Pengerusi SPR

Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider pula menyifatkannya sebagai “sesuatu di luar jangkaan” pihaknya.

“Saya menjangkakan antara 50 dan 55 peratus, tetapi setakat ini (2 petang) peratusan yang keluar mengundi masih rendah, di luar jangkaan saya,” katanya.

Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tiga minggu lalu SPR telah merekodkan 60 peratus pengundi keluar mengundi setakat 2 petang dan ia berakhir 76 peratus pada pukul 5 petang.

Mengenai punca, Wan Ahmad melihat rakyat Sarawak yang bekerja di Semenanjung yang tidak pulang sebagai antara sebab utama setakat ini.

“Setakat ini saya melihat ini puncanya,” kata beliau.

“Tetapi ketika tempoh berkempen, saya nampak respons begitu baik, tetapi pada hari pengundian hari ini kadarnya masih kecil,” kata beliau sambil menambah, kemungkinan peratusan akan keluar mengundi meningkat selepas 2 petang.

“Hari Ahad, rakyat tempatan beragama Kristian pergi ke gereja... mungkin budaya politik di Sarawak berbeza sedikit dan mereka mungkin akan keluar selepas ini,” katanya lagi.

Setakat 1 tengah hari tadi seramai 42 peratus atau 23,103 pengundi keluar mengundi.

Proses mengundi pilihan raya kecil bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Seorang pengundi menunjukkan kad pengenalan ketika hendak memasuki pusat mengundi di bandar Sibu pagi tadi. – Gambar oleh Jack Ooi
Sejumlah 52,158 pengundi dijangka mengundi bagi memilih Ahli Parlimen baru di 45 pusat mengundi dengan 110 saluran di 39 sekolah, dua taman didikan kanak-kanak, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah mengundi pada Khamis dan Jumaat.

Cuaca yang baik di sebelah pagi merupakan petanda baik bagi proses penggundian untuk berjalan lancar sebaik para pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibuka bagi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, Wong atau calon Bebas Narawi Haron.

Para pengundi dinasihatkan keluar awal hari ini kerana Jabatan Meteorologi Department meramalkan ribut petir di sebelah tengah hari.

Polis menggerakkan 2,000 petugas bagi memastikan penggundian berjlan lancar.

Sepuluh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pada 5 petang. Semua kotak undi akan dibawa ke pusat pengiraan di Pusat Sivik Sibu di sini.

Keputusan bagi pertandingan tiga penjuru dijangka diumumkan oleh SPR, dan paling awal keputusan dijangka dapat dketahui ialah pukul 9 malam.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails