Kemungkinan besar DAP/PR akan mengalami nasib yang sama seperti di Hulu Selangor iaitu kalah kepada UMNO/BN setelah Big Mama atau First Lady yang kedua itu turut berkempen di Hulu Selangor.
Big Mama atau First Lady yang Kedua itu telah berkempen bagi pihak BN atas kapasiti Isteri Perdana Menteri, tindakannya itu menunjukkan kepada dunia betapa prihatinnya beliau terhadap jawatan yang di pegang oleh suaminya itu..
Ini satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh Isteri-Isteri Perdana Menteri yang terdahulu kerana mereka sedar mereka hanyalah Isteri kepada Perdana Menteri bukannya Perdana Menteri ataupun Menteri..
Dan mereka juga sedar mereka tiada hak dalam mencampuri urusan tugas suami mereka.....
Pilihanraya Sibu: Fahami Masalah Pengundi Atas Pagar: Rosmah
Beliau berkata pengundi atas pagar sebenarnya masih kurang berpuas hati kerana masalah-masalah kecil yang mereka hadapi dan mereka tidak memikirkan matlamat jangka panjang.
"Saya berharap peraih undi wanita akan bertungkus lumus untuk meyakinkan pengundi atas pagar bagi memastikan calon BN menang dan membolehkan BN meneruskan usaha pembangunan masyarakat dan memajukan negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama wanita Melayu dan Melanau di Kampung Bandung di sini Khamis. Hadir sama ialah Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah dan Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Suzanne Lee.
Rosmah juga mengingatkan kaum wanita, khususnya di Sibu agar tidak terpedaya dengan dakyah dan propaganda pihak pembangkang yang hanya menabur janji kosong serta memfitnah kerajaan pimpinan BN.
"Pencapaian BN telahpun terbukti. BN ikhlas dalam mentadbir negara ini untuk memastikan masa depan anak-anak kita terjamin, cerah, makmur dan berpeluang meningkatkan taraf hidup," katanya sambil menambah pengundi-pengundi di Hulu Selangor telah menolak kerajaan pakatan pembangkang yang hanya menabur janji kosong.
Pengundi wanita merupakan 53 peratus atau 28,449 orang daripada keseluruhan 54,695 pengundi bagi Parlimen Sibu.
Sementara itu, Fatimah yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata jentera wanita BN telah melancarkan pelbagai strategi untuk memikat pengundi atas pagar.
"Peraih undi wanita di sini telah berkempen dari rumah ke rumah. Selain itu, kita juga turun padang untuk mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi pengundi atas pagar dan bantu menyelesaikan masalah mereka," katanya.
Fatimah menyarankan pengundi wanita bagi kerusi Parlimen Sibu agar menterjemahkan sokongan mereka ketika mengundi pada 16 Mei ini.
"Masa depan anak-anak kita berada dalam tangan BN. Sehubungan itu, saya berharap wanita-wanita di sini jangan lupa keluar mengundi pada Ahad ini," katanya.
BERNAMA
