Monday, May 17, 2010

PRK Sibu : Dari mana datangnya 2748 undi ini?

Tahniah kepada seluruh jentera DAP dan juga Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus berkerja bagi memastikan kemenangan di Sibu adalah milik DAP dan juga Pakatan Rakyat sekaligus menafikan bahawa kini Sarawak bukanlah lagi fixed deposit buat UMNO/BN.

Ada sedikit perkara yang meragukan disini, iaitu berkenaan dengan jumlah peratusan yang keluar mengundi. Cuba perhatikan perbezaannya..

Pada pukul 5.00 Petang selepas pengundian berakhir semalam 15 Mei 2010 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan ianya telah mencatatkan seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 52,158 pengundi telah mengundi di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

59.86 Peratus Mengundi Di Sibu

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencatatkan seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 52,158 pengundi telah mengundi di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang semalam.

Proses mengundi itu bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi semalam.

Sejumlah 52,158 pengundi dijangka mengundi bagi memilih Anggota Parlimen baru di 45 pusat mengundi dengan 110 saluran di 39 sekolah, dua taman didikan kanak-kanak, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah mengundi pada Khamis dan Jumaat.

Cuaca yang baik di sebelah pagi merupakan petanda baik bagi proses penggundian untuk berjalan lancar sebaik para pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibuka bagi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng atau calon Bebas Narawi Haron.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 80 peratus akan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini.

Para pengundi dinasihatkan keluar awal hari ini kerana Jabatan Meteorologi Department meramalkan ribut petir di sebelah tengah hari.

Polis menggerakkan 2,000 petugas bagi memastikan penggundian berjlan lancar.Sepuluh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pada 5 petang.

Semua kotak undi akan dibawa ke pusat pengiraan di Pusat Sivik Sibu di sini.Keputusan bagi pertandingan tiga penjuru dijangka diumumkan oleh SPR, dan paling awal keputusan dijangka dapat dketahui ialah pukul 9 malam. - BERNAMA

Tetapi setelah penjumlahan sebenar kertas undi dikira didapati Robert Lau Hui Yew dari BN memperolehi 18,447 undi. Narawi Haron BEBAS 232 undi dan Wong Ho Leng calon dari DAP memperolehi 18,845 undi dan jumlah undi ialah 37,919 manakala peratuannya ialah 70 peratus.

mStar Melaporkan.

PRK Sibu: DAP Menang Majoriti 398 Undi
SIBU: DAP menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi apabila calonnya, Wong Ho Leng menerima 18,845 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dengan 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron 232 undi.

Berikut adalah keputusan penuh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di Sarawak yang berlangsung hari ini.

1. Robert Lau Hui Yew (BN) 18,447 undi2. Narawi Haron (BEBAS) 232 undi3. Wong Ho Leng (DAP)18,845 undi.


Jumlah mengundi: 37,919
Peratus: 70 peratus
Undi rosak: 395
Majoriti: 398
Undi pos: 2,429


Peratusan yang mana satu kah yang betul? 70% atau 59.86% ?

Apa agenda Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)sebenarnya? Jika SPR mengumumkan pada pukul 5 petang jumlah dan peratusan yang keluar mengundi hanyalah 32,742 atau 59.86% tetapi jumlah sebenar undi yang dikira ialah 37,919 atau 70% , ini bermakna terdapat lebihan 5177 undi..

Dan jika ditolak jumlah undi pos sebanyak 2429 dari 5177 lebihan undi itu jumlahnya ialah 2640 undi.

Dari mana datangnya 2748 undi ini????

Dari mana datangnya 2748undi ini????

Kalau saya silap sila betulkan...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails