Friday, May 14, 2010

PRK Sibu : BN mendahulii dengan 2,808 undi.

Khamis Mei 13, 2010

Proses Pengundian Pos Berjalan Lancar Di Ibu Pejabat Polis, Kem Tentera


SIBU: Proses pengundian pos bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan Kem RASCOM serta Kem Batu 10 Jalan Oya di sini, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata pengundian pos itu akan disambung esok di dua kem tentera mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata ini bagi membolehkan 1,910 pegawai dan anggota tentera yang belum mengundi, melaksanakan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata pusat pengundian di ibu pejabat polis dan pejabat daerah di Wisma Sanyan hanya dibuka hari ini bagi membolehkan 627 pegawai dan anggota polis serta 217 petugas SPR mengundi.

"Anggota polis mengundi mulai pukul 9 pagi hingga 2 petang manakala petugas SPR dari pukul 2 petang hingga 5 petang," katanya.

Sementara itu, peti undi yang mengandungi kertas undi dari tiga venue itu dihantar ke pejabat SPR di Pejabat Daerah selepas pukul 6 petang ini.

Antara yang hadir bagi menyaksikan proses itu ialah Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik, Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya Justani Joni dan wakil dari parti politik bertanding.

Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,808 pengundi pos dengan 45 pusat pengundian.

Proses pengiraan undi akan dijalankan di Pusat Sivik di sini pada hari pengundian Ahad ini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew, DAP Wong Ho Leng dan calon bebas Narawi Haron.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails