Wednesday, May 26, 2010

PKR Masih menyalahkan MP yang keluar parti..

Ada pihak berkata mereka kini sedang menunggu lampu hijau dari DS Anwar Ibrahim bagi mendedahkan rahsia MP-MP dan ADUN-ADUN yang melompat ketika kongres berlangsung jumaat ini.

Entah betul entahkan tidak tu.. biasalah dalam PKR ni nama DSAI sering digunakan untuk mengukuhkan kenyataan atau menunjukkan yang DSAI memang terlibat dengan perkara yang dinyatakan itu..

Aku yakin antara 2500 Perwakilan yang dijangka hadir kekongres itu bukanlah semuanya menghadiri kongres tersebut untuk mendengar keburukkan MP-MP yang dah keluar PKR tu... kerana kebanyakkan dari mereka memang terlibat dengan Parti dan mereka sememangnya telah tahu kebanyakkan dari rahsia-rahsia itu.. jadi tak payahlah nak buang masa mereka yang hadir tu..

Kalau setakat nak buat pendedahan tentang keburukkan MP-MP yang telah melompat keluar tu, aku rasa lebih baik buat ceramah.. boleh juga kutip dana untuk pilihanraya..

Sudah-sudahlah memburukkan mereka itu.. mereka telah membuat keputusan jadi biarlah mereka dengan keputusan yang dibuat mereka itu, samada keputusan mereka itu salah atau betul mereka yang akan menanggungnya..

Kenapa kita tidak boleh bersikap professional? Susah sangatkah bagi kita untuk menghormati keputusan dan pendirian mereka yang telah keluar itu?

Mungkin mereka-mereka yang telah keluar itu telah dijanjikan dengan imbuhan yang berjuta.. mungkin juga ada yang keluar itu benar-benar kecewa dengan pimpinan parti.. jadi biarlah mereka dengan keputusan mereka itu, mereka juga yang akan menanggung akibatnya.

Selain dari mendedahkan keburukkan mereka-mereka yang telah meninggalkan parti itu,Kenapa tidak kongres ini digunakan untuk membahaskan mengapa mereka keluar parti selain dari dikatakan telah dibayar oleh Najib? Selain dari faktor wang itu apakah sebab-sebab lain?

Kenapa tidak kongres ini digunakan untuk mencari dimana kesilapan didalam pimpinan PKR sendiri sehingga menyebabkan mereka-mereka itu keluar meninggalkan parti?

Selama ini kita telah melihat apabila berlakunya kejadian MP atau ADUN keluar meninggalkan PKR mereka akan dipersalahkan walau apa jenis alasan yang mereka diberikan, kita tetap akan mengatakan mereka telah dibeli oleh Najib.

Tanpa kita sedari sebenarnya ada antara mereka yang telah berkorban masa dan wang ringgit terlalu banyak buat PKR.. contohnya antara MP yang telah keluar itu ada seorang MP telah membelanjakan lebih dari RM50K wangnya sendiri bagi membantu kempen dan memenangkan DSAI semasa PRK Permatang Pauh dulu.. adakah pimpinan PKR yang menghentamnya semasa beliau keluar dulu tahu perkara ini?

Tahu atau tidak tahu atau memang tidak tahu menahu kerana tak mahu ambil tahu bagaimana dana untuk PRK Permatang Pauh dikumpulkan?

Tidak mahu ambil tahu kerana jika ambil tahu terpaksa menghulurkan sumbangan? Bukan begitu?

Mereka menghentam MP yang keluar itu membuta tuli kerana mahu menunjukkan kepada DSAI yang mereka itu amat setia dengan perjuangan PKR walaupun hakikatnya mereka hanya mahu membodek DSAI..

Tidakkah pimpinan PKR yang bercadang untuk mendedahkan keburukan mereka yang telah keluar parti itu terfikir apakah persepsi masyarakat? Buat masyarakat yang kurang bijak mereka mungkin akan menerimanya tetapi bagi golongan yang bijak pandai pasti akan meragui..

Manakan tidak.. Menyalahkan orang lain adalah satu cara yang paling mudah untuk menyembunyikan kelemahan kita tetapi jika kita secara berterusan mengatakan orang lain itu bermasaalah.. sebenarnya kita sendiri yang bermasaalah..

Bermasaalah dalam menangani EGO kita…

Dan orang yang tidak melakukan sebarang kesalahan ialah orang yang tidak melakukan sebarang kerja sebenarnya………….


*********************************************

Kongres PKR mahu dedah ‘rahsia’ MP, Adun keluar parti?

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Selepas sebahagian besar wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan “rahsia” kepimpinan sepanjang tiga bulan lalu, komponen Pakatan Rakyat (PR) ini dijangka membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini.

Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.

“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.

“Parti sudah banyak bersabar dan kini sudah sampai masa bagi parti menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku.

“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.

Menurut pemimpin ini, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Malah, katanya, ia juga kemungkinan memfokus bagaimana usaha sedang diambil Barisan Nasional (BN) untuk memancing seorang lagi Ahli Parlimen.


Lima Ahli Parlimen PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah wakil kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal, Kulim-Bandar Baharu, Wangsa Maju dan Bagan Serai. Selain lima Ahli Parlimen terbabit PKR juga kehilangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu masing-masing dua di Kedah dan Perak dan seorang di Selangor.

Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.

Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia. Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.

Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat.

Kongres PKR dijangka membincangkan pendekatan untuk menangani masalah keluar dan lompat parti di Kota Baru hujung minggu ini.

Minggu lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh memberi tempoh notis sebulan kepada mereka yang ingin keluar parti sebelum pihaknya menjalankan proses penjenamaan semula selepas Kongres Nasional Keenam.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails