Sunday, May 2, 2010

Petronas sahkan kontrak blok L, M ditamatkan

KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah ditamatkan secara rasmi pada 7 April lalu.

Menurutnya, mengikut Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009, kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.

Malah, Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.

‘‘Petronas juga mahu menjelaskan mengikut Surat Pertukaran itu, syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam perjanjian bagi membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dua blok minyak itu telah diserahkan kepada Brunei melalui perundingan bagi menyelesaikan isu tuntutan dan pertindihan sempadan Limbang.

Beliau yang juga merupakan Penasihat Petronas berkata, medan minyak itu mempunyai jumlah simpanan berjumlah hampir satu bilion tong.

Tambah firma syarikat minyak negara itu, Petronas telah menubuhkan satu pasukan untuk berunding dengan kerajaan Brunei bagi melaksanakan terma penyusunan perjanjian komersial itu.

Kedua-dua pihak dijangka mencapai persetujuan berhubung penyusunan yang memberi faedah bersama dalam tempoh terdekat ini.

Petronas berkata, Surat Pertukaran itu adalah kemuncak kepada isu yang berlarutan antara kedua-dua negara yang dicapai dengan memberi manfaat bersama, termasuk membenarkan Petronas terlibat dalam kontrak perkongsian pengeluaran baru bagi Blok L dan Blok M.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails