Sunday, May 30, 2010

Najib Gelabah, NEM ditolak Melayu walau dikagumi Obama..

NEM atau MEB adalah satu model ekonomi baru yang cuba diperkenalkan oleh Najib dalam era pemerintahannya

Walaupun Najib pernah berkata Presiden US Obama begitu berminat sekali ingin tahu hinggakan sanggup meluangkan masa untuk bertemu Najib di Washington dan melahirkan kekaguman beliau terhadap dasar ekonomi baru ini.. nampaknya orang Melayu sendiri tak kagum langsung, malah menolaknya begitu saja..

Dalam kongres ekonomi Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam dan dipengerusikan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Najib telah diberitahu bahawa orang Melayu telah pun menolak Model Ekonomi Baru (MEB).

Kongres MPM meluluskan resolusi 31 perkara, antara lain mendesak agar tindakan afirmatif diambil untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Menurut Brahim Ali “Kongres berlangsung dengan panas. Jika saya tidak mengubah teks ucapan saya, ia boleh dilihat sebagai satu bentuk undi tidak percaya terhadap Datuk Seri),”

“Sudah pasti ini adalah situasi di mana media arus perdana atau blog akan meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri untuk memecat saya tetapi saya tidak kisah kerana saya bukan dalam kerajaan ataupun ahli Umno,” kata beliau yang pernah dipecat dari Umno.

Kebanyakan peserta kongres itu mengecam MEB dan Majlis Penasihat EKonomi Kebangsaan (NEAC) yang merupakan peneraju jawatankuasa yang merangkanya dengan menyifatkan mereka telah mengkhianati kontrak sosial yang mengiktiraf hak ekonomi orang Melayu.

Gelabah dengan penolakan dan resolusi yang dibentang kan oleh Brahim Ali itu, Najib mengeluarkan kenyataan dibawah..


Najib: MEB belum muktamad, orang Melayu usah risau

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Seri Najib Razak berkata Model Ekonomi Baru (MEB) masih belum dimuktamadkan kerajaan, sebaliknya ia adalah cadangan daripada pakar-pakar ekonomi supaya pertumbuhan ekonomi negara dapat bersaing hingga ke peringkat global.

Perdana Menteri berkata MEB adalah satu proses untuk kerajaan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk orang Melayu untuk melaksanakannya.

“Saya harap tidak ada sesiapa yang sangsi dan khuatir bahawa saya tak akan mendengar isi hati orang Melayu. Tak mungkin saya sebagai Presiden Umno tidak mengambil kira kehendak Melayu sebagai majoriti rakyat Malaysia,” katanya semasa berucap menutup Kongres Ekonomi Bumiputera Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini malam tadi.

Beliau berkata sebagai anak kepada pengasas Dasar Ekonomi Baru iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tidak mungkin beliau akan mengkhianati perjuangan bapanya.

Katanya, MEB yang bakal dilaksanakan perlulah diterima pasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

Najib berkata beliau juga ingin melihat MEB tidak akan mengetepikan agenda Melayu, malah akan mencari pendekatan yang lebih dinamik dan menjanjikan hasil yang lebih besar.

Beliau yang turut menerima memorandum daripada 126 badan bukan kerajaan yang menganggotai MPM pada majlis itu, berjanji akan memberi ruang kepada MPM untuk berunding mengenai perkara berkenaan.

Perdana Menteri juga berkata beliau akan memastikan orang Melayu mampu bersaing di peringkat dunia tanpa mengabaikan bangsa lain yang turut berperanan membantu kesejahteraan negara.

“Islam mengajar kita agar berlaku adil bukan hanya kepada sesama sendiri (Islam) tetapi turut perlu berlaku adil kepada bangsa lain.

“Umno mampu bertahan sehingga kini ialah kerana kita berlaku adil kepada bangsa lain,” kata Najib.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails