Friday, May 14, 2010

Majoriti 2/3 : Najib semakin hampir?

Tien Chua telah menghadapi denda yang boleh menghilangkan kelayakannya sebagai MP dan akan melakukan rayuan, kini Gobala juga menerima nasib yang sama..

Adakah Najib akan berjaya menguasai Parlimen dengan majoriti 2/3 kembali???


Gobala didenda RM3000, mungkin hilang MP

Mei 14, 10 12:39pm

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.

Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.

Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.

Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails