Wednesday, May 26, 2010

Krisis MIC : Bukti UMNO sudah tidak mampu mentadbir negara

PERMATANG PAUH, 26 Mei: Kemelut yang sedang menyelubungi MIC adalah satu bukti ketara bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada dalam situasi yang tidak menggalakkan mereka untuk terus menerajui negara.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)Pulau Pinang, Amir Ghazali apa yang sedang berlaku dalam kepimpinan MIC banyak membuka ruang kepada rakyat untuk melihat bagaimana pekung lama yang selama ini terpendam dalam sanubari ahlinya sudah hampir meletup dan menjadikan presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai mangsanya.

"Saya optimis MIC akan turut terburai dan berkecai kerana sikap egoisme yang dipamerkan oleh Presidennya selama 31 tahun yang lalu sudah tidak meyakinkan pengikutnya untuk terus bersama beliau,” katanya.

Tambahnya, S Vellu Paari yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC dan anak kepada presiden itu cuba untuk mendapat publisiti bagi membuktikan kepimpinan yang akan beralih itu akan turut mengikut amalan kronisme yang menjadi lumrah dalam Umno.

"Presiden yang telah 31 tahun memegang tampuk pemerintahan parti pula tidak mahu akur dengan kehendak ahli dan sanggup memecat mereka yang menentangnya adalah sikap yang sama dengan amalan yang diamalkan oleh kebanyakan pemimpin dalam Umno dan BN sebelum ini," katanya.

Manakala di Kepala Batas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain berkata, MIC akan turut mengikut jejak MCA sepertimana kemelut yang berlarutan sebelum ini.

Katanya, krisis keyakinan yang ditimbulkan oleh ahli MIC itu membuktikan bahawa Samy Vellu sudah tidak relevan lagi untuk terus menerajui kepimpinan parti yang berasaskan kaum itu.

Begitu juga, ujarnya dengan usahanya untuk menjadikan parti tersebut sebagai turun temurun tidak akan kesampaian apabila cantas mencantas yang dilakukan oleh Samy tidak ubah sepertimana yang berlaku dalam Umno dan MCA dahulu.

Rosidi yang juga seorang peguam berkata, lambat laun MIC akan turut menerima tempias yang ditinggalkan oleh MCA dan Parti Progesif Rakyat (PPP).

Beliau juga berkata, tradisi tidak menghormati keputusan suara majoriti dalam Umno seperti mana yang dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melantik Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Ketua Pemuda Umno dengan mengalahkan Mukhriz Mahathir akan turut menjelma dalam pemikiran kepimpinan MIC yang dipimpin oleh Samy dengan memecat mereka yang menentang pandangan dan keputusan yang telah dibuatnya.


Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails