Tuesday, May 25, 2010

Khairy Tamat Latihan untuk jadi Menteri Pertahanan ?

Dengan tamatnya Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah selama sebulan ini mungkinkah Khairy dilantik menjadi Menteri Pertahanan?



BERSEMANGAT... Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (tengah)

Khairy Tamat Latihan Sebagai Askar Wataniah Hari Ini

SEREMBAN: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan doronganpolitik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. - BERNAMA



Khairy menerima anugerah pelatih terbaik dan akademik terbaik daripada
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam
majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010
Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah, semalam. -
Foto THE STAR Oleh NG BOON TAT

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails