Saturday, May 1, 2010

Kes Aminulrashid : Polis reka cerita?

Khalid Samad: Keterangan Saksi Kedua Sokong Saksi Pertama

Keterangan saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, mengesahkan jalan cerita saksi pertama berhubung kematian tragis Aminulrasid Amzah yang maut ditembak polis, 27 April lalu.

TV Selangor difahamkan, Zafrullah, yang mendiami salah sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, antara yang terawal tiba di lokasi kejadian dimana allahyarham ditembak mati sejurus selepas kereta mangsa terbabas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mengatakan anggota terbabit melihat mangsa berusia 14 tahun ini sebagai satu ancaman serius lalu bertindak mempertahankan dirinya dari dilanggar mangsa.

Menurut keterangan polis, kereta mangsa terbabas selepas terbabit dalam aksi kejar-mengejar, dan Allahyarham cuba mengundurkan kereta dan melanggar kereta peronda yang menyekat laluan mangsa.

Keterangan saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, bagaimanapun menyanggah kesahihan keterangan polis ini.

“Dia telah turun untuk melihat selepas kes tembak-menembak di mana Aminulrasyid telah mati, kereta itu telah terbabas dan melanggar tembok. Tetapi apabila dia menceritakan kepada saya apa yang dia lihat dan apa yang dia saksikan, saya telah meminta dia membuat laporan polis.

“Kerana maklumat yang terpenting dalam penyaksian dia ialah dia mengesahkan jalan cerita saksi yang pertama iaitu kereta itu terbabas dan melanggar tembok dan tidak ada-ada mana ketika aruah telah cuba untuk mengundurkankan kereta dan hendak langgarkan kereta peronda,” katanya.

Zafrullah Ahmad Zainal Abidin merupakan saksi kedua yang tampil bagi memberi keterangan kepada pihak polis pada 29 April 2010. Keterangannya diambil bermula jam 10.27 malam semalam sehingga jam 2 pagi.

Saksi kedua ini meluru ke tingkap yang terletak di tingkat dua rumahnya lalu menyaksikan enam buah kereta peronda mengepung kereta mangsa, yang telah terbabas ke dinding rumah jiran. Zafrullah turut menyaksikan saksi pertama cuba menyelamatkan diri dari gerombolan anggota polis ketika itu.

Curiga dengan apa yang disaksikannya, Zafrullah bergegas menghampiri lokasi kejadian dan ternampak Allahyarham Aminulrasid tersembam di tempat duduk pemandu.

“Tidak ada mana-mana ketika bila polis itu mengeluarkan parang daripada kereta kerana beliau berada di situ, maka pertuduhan yang menceritakan bahawa ada senjata dalam kereta tidak ada hujah yang menyokong kerana saksi yang pertama rakan Aminulrasyid dan saksi yang kedua yang berada di situ telah menyatakan pihak polis menyuluh dalam kereta tidak ada mengeluarkan parang atau apa-apa senjata daripada kereta berkenaan,” katanya.


TVSelangor

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails