Wednesday, May 5, 2010

Kes Aminulrashid : Lagi Kenyataan Proffesional dari Musa Hassan..

Kata Ketua Polis Negara “Pada saya, baik dia (Azamuddin) bicara melalui media saja jika dia mahu buat begitu, saya pun boleh berbuat demikian juga jika saya mahu,”

Nampaknya Ketua Polis Negara kita yang amat proffesional tu dah tak puas hati dengan seorang budak yang berumur 15 tahun..

Budak yang berumur 15 tahun itu sememangnya tidak tahu apakah beliau boleh menceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas kejadian kepada Media atau tidak ..

Tetapi Ketua Polis Negara yang dah tua bangka dan sepatutnya sudah tamat perkhidmatan tu.. mengapa mengeluarkan kenyataan kebudak-budakkan??

Mungkin inilah antara sebab Kerajaan menetapkan umur bagi Kakitangan Awam untuk bersara, pasal tak mahu para pegawainya bersikap kebudak-budakan pasal dah tua agaknya..


**************************************


Kesal tindakan saksi utama

Oleh Suraya Roslan
2010/05/05


KUALA LUMPUR: Tindakan saksi utama kes kematian pelajar malang, Aminulrasyid Amzah, 15, mendedahkan butiran kenyataan yang dirakamkan percakapannya oleh polis dikesali kerana hanya akan menimbulkan lebih banyak kontroversi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan saksi penting itu, Muhamad Azamuddin Omar, 15, boleh mengganggu siasatan yang dilakukan dan menimbulkan pelbagai prejudis. “Itu dia punya versi... kita tengok di mahkamah nanti dia kena beritahu juga perkara sebenarnya.

Pada saya, baik dia (Azamuddin) bicara melalui media saja jika dia mahu buat begitu, saya pun boleh berbuat demikian juga jika saya mahu,” katanya.

Musa berkata, beliau kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan perbuatan mendedahkan perkara itu menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

Mengenai keluarga mangsa yang mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil, beliau menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menentukan.

“Saya tidak mahu komen mengenai hal ini, tapi jika mahukan kerjasama kami, sudah tentu boleh saja kerana kita mahukan keadilan,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Khas Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena peringatan Hari Polis ke-203 di Bukit Aman, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan, Azamuddin dalam sidang media itu menceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas kejadian.



myMetro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails