Wednesday, May 5, 2010

Kes Aminulrashid : 30 minit ditempat kejadian?

Rombongan Panel Khas tiba dilokasi kejadian kira-kira pukul 11.10 malam dan menghabiskan masa selama 30 minit meninjau kawasan akhir iaitu di jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang di mana kereta mangsa terbabas.

30 minit saja? tak apalah kita anggaplah mereka yang telah dilantik oleh kerajaan itu amat Proffesional dengan tugas mereka jadi 30 minit mereka itu mungkin bersamaan dengan 30 hari bagi golongan yang tak proffesional macam kita untuk melakukannya..

Tapi... 30 minit tu sekadar melihat saja bolehlah rasanya..





Panel lawat lokasi kejadian

Regina Lee
Mei 5, 10

Beberapa jam selepas ditubuhkan, panel khas bagi menyiasat insiden kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis pada 26 April lalu, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian di Shah Alam, malam tadi.

Panel yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.

Mereka kemudian melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui oleh Aminulrasyid, 14 dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, sebelum mangsa ditembak di kepalanya.

Panel itu menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda.

Tempat pertama yang dilawat pada perjalanan 6 kilometer itu ialah Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, lokasi Aminurasyid dan Azamuddin menonton perlawanan bolasepak.

Mereka juga melawat Bulatan Kayangan, tempat di mana polis dilaporkan mula mengejar kenderaan remaja berkenaan dan seterusnya ke persimpangan lampu isyarat berhampiran
Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.

Rombongan berkenaan tiba dilokasi kejadian kira-kira pukul 11.10 malam dan menghabiskan masa selama 30 minit meninjau kawasan akhir iaitu di jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang di mana kereta mangsa terbabas.

Ahli panelnya yang termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar turut bersembang dengan penduduk sekitar untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Ahli perniagaan, Wan Rahim Tajuddin, yang tembok rumahnya dilanggar oleh Aminulrasyid berkata beliau mendengar bunyi pelanggaran yang kuat pada malam kejadian tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

"Hanya pada keesokan harinya pabila jiran-jiran bercerita mengenai kejadian itu dan saya diberitahu tentang apa yang berlaku. Kata mereka ia seperti drama TV3,” katanya.

Menurut Wan Rahim, Aminulrasyid adalah sahabat karib anaknya dan beliau sering menghantar remaja berkenaan membuat kerja-kerja sambilan di McDonald.

“Mereka juga selalu bermain futsal hingga lewat malam dan ada kalanya saya terpaksa mengheret kedua-dua mereka pulang,” katanya sambil menambah pelajar berkenaan adalah 'kaki bola'.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Abu Seman berkata tujuan lawatan itu adalah bagi memahami situasi dan gambaran sebenar kejadian.

"Setkat ini, kami berpuas hati dengan lawatan hari ini tetapi ia masih belum konklusif,” katanya.

Turut hadir pada lawatan ini adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails