Tahun lalu, kerajaan menyediakan RM74 bilion dalam bentuk subsidi, 32 peratus untuk minyak, 58 peratus kebajikan sosial, pendidikan dan kesihatan, kemudahan asas, enam peratus dan empat peratus untuk makanan.
Di bawah bajet 2010, jumlah subsidi ialah RM20.9 bilion atau 15.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan dan 2.9 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kerajaan mensasarkan pengurangan fiskal kadar defisit kepada 5.6 peratus dari tujuh peratus tahun 2009.
Kerajaan akan mengadakan hari terbuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur esok untuk mendapatkan maklumbalas dari orang ramai mengenai rancangan kerajaan mengurangkan subsidi.
Ketua ekonomi kumpulan RAM Rating, Dr Yeah Kim Leng menjangkakan sistem subsidi minyak yang ada sekarang mesti diketepikan terlebih dahulu kerana subsidi harga minyak sekarang memberi faedah kepada semua, yang miskin dan kaya," katanya.
Ketua penyelidik ekonomi CIMB, Lee Heng Guie pula berkata, pengurangan atau penghapusan subsidi bukan jalan terbaik untuk situasi menang-menang tetapi ia merupakan satu isu kompleks mengenai perubahan yang besar, insentif reka bentuk dan keazaman politik.
Ketua penyelidik MIDF, Zulkifli Hamzah pula berkata, pada asasnya
subsidi kerajaan seharusnya:
Kerajaan mesti meneruskan subsidi untuk membantu dalam bidang yang
kritikal seperti pendidikan, pertanian dan perikanan, kesihatan
dan kebajikan.
Subsidi yang hendak dimansuhkan mesti yang menyebabkan pembaziran
atau salah guna.
Subsisi hendaklah sampai kepada kumpulan sasaran.
Subsidi mestilah tidak membawa kepada lebihan penggunaan.
Sementara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengurangan subsidi lebih baik dibuat secara berperingkat.
Katanya, pengurangan subsidi adalah usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya.
freemalaysiatoday
