Monday, May 24, 2010

Kalah hujah : pemimpin BN cuba kaitkan pemuda dengan Anwar Ibrahim

Tawau : Cubaan seorang pemimpin kanan BN di negeri Sabah yang cuba mengheret Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan politik dikritik hebat oleh seorang pemuda dalam perhimpunan itu.

Pemuda tersebut yang juga seorang tokoh dikalangan masyarakat di daerah itu bangun mencelah sebaik pemimpin BN itu mula bercakap tentang politik dalam perhimpunan tersebut.

“Kami bersama beberapa NGO di daerah ini pada mulanya diminta untuk berkumpul dan hadir di hotel tersebut atas nama NGO.

Malangnya, beberapa minit selepas berucap pemimpin BN itu mula bercakap tentang politik yang memaksa saya bangun menyatakan bantahan.

Dalam ucapan itu saya menegaskan bahawa tujuan perhimpunan itu dengan jelas menyatakan adalah perhimpunan yang berkaitan dengan NGO dan apabila disebut NGO ia harus bebas dari pengaruh politik,” katanya kepada erapakatan.com.

Menurut pemuda itu, tindakan pemimpin BN itu yang bercakap tentang politik dalam perhimpunan itu disifatkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

“Wang rakyat dibazirkan begitu sahaja. Lihat sahaja hotel mewah yang digunakan, gaji yang dibayar kepada pemimpin itu selain bayaran-bayaran lain yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat,” katanya yang enggan dikenali.

Pemuda itu turut memberitahu, sepatutnya perhimpunan itu dimanfaatkan oleh pemimpin tersebut untuk membincangkan perkara penting termasuklah gejala sosial yang kian kronik di daerah itu dan bukannya memperlatakan NGO untuk pengaruh politiknya.

“NGO yang hadir dalam perhimpunan itu saya cukup yakin memiliki pelbagai ilmu dan pengetahun berhubung permasalahan yang berlaku di daerah Tawau dan sepatutnya BN negeri bekerjasama dengan kami dan bukan mengheret kami ke kancah politik,” tegasnya.

Beliau turut menjelaskan, sebaik beliau habis menyatakan pandangannya, pemimpin BN itu pula cuba mengaitkannya dengan tokoh penting Pakatan Rakyat, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, beliau mendesak kerajaan negeri menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat daripada berpolitik sepanjang masa yang hanya merugikan pembayar cukai di negeri itu.


Era Pakatan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails