Tuesday, May 4, 2010

Janji politik bukan rasuah?

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Bahri Mohamad Zin berkata Janji-janji pilihan raya atau janji politik tidak boleh dianggap sebagai rasuah kerana kononya ia tidak membabitkan pemberian wang secara langsung kepada pengundi.

Kenyataan yang jelas membela perbuatan Najib dan konco-konconya..

Ada ulama-ulama yang mentakrifkan rasuah dan sogokan itu sekurang-kurangnya adalah…

1..Wang, derma, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.

2.. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.

3.. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.

4.. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan.

5.. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.

6.. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi’

7.. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan seperti di atas.


********************************************


KUALA LUMPUR : Janji-janji pilihan raya atau janji politik tidak boleh dianggap sebagai rasuah kerana kononya ia tidak membabitkan pemberian wang secara langsung kepada pengundi.

Itu alasan yang diberikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Sarawak, Bahri Mohamad Zin.

Menurutnya, jika ahli atau parti politik tertentu menjanjikan sesuatu sepanjang tempoh kempen pilihan raya, ia tidak boleh ditakrif sebagai rasuah dan terpulang kepada individu itu untuk menunaikannya.

“Sebagai contoh jika ada calon yang bertanding berjanji untuk membina kemudahan awam, itu adalah atas kapasiti mereka untuk melaksanakannya jika memenangi pilihan raya.

SPRM tidak boleh campur tangan. Tetapi jika berlaku sesuatu pemberian dan penerimaan bagi mendorong sesuatu perkara berlaku ketika pemberi melaksanakan tugas rasminya, baru SPRM boleh bertindak berdasarkan maklumat yang diterima,” katanya.

Janji pilihan raya dikatakan menjadi amalan kebanyakan ahli politik.

Bahri berkata, pihaknya akan merujuk kepada Akta Pilihanraya 1958 dan Akta SPRM 2008 jika ia membabitkan rasuah ketika pilihan raya.

Mengulas mengenai operasi SPRM pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu, Bahri berkata, pihaknya sudah membuka bilik operasi di Pejabat Cawangan SPRM Sibu dua minggu lalu bagi memantau setiap parti yang bertanding.

“Pejabat SPRM Sibu mengendalikan sepenuhnya operasi pemantauan kita dan sekiranya ada keperluan baru pegawai tambahan dari Kuching atau dari cawangan lain akan dikerah ke Sibu.

“Pemantauan lebih ketat akan dibuat selepas proses penamaan calon, dengan pegawai SPRM akan turun meninjau setiap kempen dan ceramah yang dianjurkan semua pihak yang bertanding bagi memastikan tiada unsur rasuah berlaku,” katanya.

Bagaimanapun sehingga semalam, beliau memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang laporan dari orang ramai berkaitan pemberian wang dari wakil atau parti politik tertentu di Sibu.

“Ketika ini keadaan di Sibu masih tenang kerana tiada laporan diterima membabitkan rasuah. Sekiranya orang ramai ada maklumat diharap mereka dapat tampil bagi menyalurkannya kepada kami,” katanya.

Terdahulu, pada PRK di Hulu Selangor yang lalu, pemimpin Barisan Nasional menjanjikann puluhan janji ketika berkempen di kawasan itu yang sehingga kini gagal dilaksanakan walaupun parti itu telah memenanginya.

Senarai janji tersebut boleh di lihat di sini.

Pengerusi Barisan Nasional, Najib Razak dalam rangkal lawatan ke Parlimen Sibu sejak minggu lalu mengambil kesempatan 'merasuah' pengundi termasuklah di dua perkampungan majoriti pengundi Melayu/ Melanau, masing-masing di Kampung Nangka dan Kampung Bandung dengan mengumumkan Peruntukan RM700,000 kepada 10 surau dan sekolah agama disitu.

Pada lawatan itu, Presiden Umno itu turut meluluskan segera geran kerajaan bernilai RM1 juta untuk Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Mary di Sibu walaupun peruntukan sebanyak RM600,000 telah diluluskan untuk sekolah itu sebelum ini.

PRK Sibu kali ini menyaksikan calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng akan ditentang oleh calon muka baru dari BN, Robert Lau yang menyaksikan majoriti pengundi dalam parlimen itu adalah dari masyarakat Cina.

Difahamkan, BN akan memanipulasi segala projek pembangunan di kawasan itu terutamanya di kawasan majoriti masyarakat Dayak dan Melayu/Melanau yang selama ini berpihak kepada Barisan Nasional.

Sejak lima penggal lalu, pengundi tegar yang menyokong Pakatan Rakyat hampir 20,000 orang yang majoritinya dari masyarakat Cina.


Erapakatan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails