Thursday, May 20, 2010

Fasa Baru kita lewati kata DSAI di Sungai Derhaka


Lori yang digunakan sebagai Pentas untuk ceramah.. puak UMNO
di Balik Pulau merungut kerana kena ceramah atas lori macam
ni pasal dewan dikunci.. tapi pemimpin PR tiada masaalah..


Kampung Pertama (Sungai Derhaka)20 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berkata kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad lalu telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat kini telah masuk fasa baru dalam perjuangan untuk membuat perubahan menyeluruh senario politik negara dan seterusnya menawan Putrajaya.

Anwar berkata kemenangan merampas kubu kuat Barisan Nasional itu harus menjadi titik tolak untuk meneruskan agenda kebangkitan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai kerusi yang selamat bagi BN.

"Pakatan Rakyat mampu untuk mengubah senario politik negara berdasarkan kepada 'track record' yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang sedia ada.

"Dengan kejelekan yang ada pada dasar dan kepimpinan Umno dan BN, kita yakin rakyat sudah mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk melangkah ke agenda seterusnya bagi menjadi pemerintah yang akan membawa perubahan kepada lanskap dan senario politik negara dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya ketika berucap di Kampung Pertama, Permatang Pauh semalam.

Beliau juga menyelar Umno-Barisan Nasonal yang telah mencemarkan nama negara sebagi sebuah negara Islam apabila pimpinan Umno-BN menyokong pemberian lesen judi yang diharamkan agama.

Menurut Anwar Malaysia telah tercalar apabila pemimpin yang beragama Islam sendiri meluluskan lesen pertaruhan judi yang sudah terbukti akan membawa kesan buruk kepada kehidupan dan kesejahteraan hidup rakyat negara ini.

"Dalam parlimen, Anthony Loke daripada DAP telah membantah pemberian lesen judi Piala Dunia kepada Berjaya Corporation kerana ia membawa kesan buruk kepada rakyat dengan amalan perjudian. Mana ahli parlimen Umno yang membantah supaya ianya tidak dilaksanakan.


Ribuan yang hadir memenuhi tempat ruang yang terhad ini..



"Masalah rakyat yang miskin tidak akan terbela sekiranya pemerintah tidak prihatin dan hanya mementingkan kepentingan segelintir kroni mereka sehingga menjadikan rakyat mangsa kepada kerakusan mereka.

"Judi, Apco, kerakusan kuasa dan penyelewengan, korupsi serta ketidakadilan yang menjadi hambatan dan pegangan kepimpinan Umno-BN akan membawa mereka kepada kekalahan yang lebih teruk lagi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.


Ustaz Hassan Razak dipanggil memulakan ceramah ketika baru habis
makan, ketika aku jumpa dia, dia baru nak minum...
nasik pun tak turun
masuk perut lagi ni kata dia.. tapi nak buat macam mana Ustaz..
takkan saya nak biar Syed Mikael berucap kot..


Turut hadir pada ceramah tersebut termasuk Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Hassan Razak.


Berita dari Suara Keadilan.Gambar dari aku sendiri.. cuma banyak tu saja yang sempat dirakam, pasal bateri kamera habis..

Blogger loveperak turut hadir bersama kedua ibu dan bapanya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails