Thursday, May 20, 2010

Demokrasi Ala Samy ..

Lihatlah betapa demokratiknya komponen BN atau sekutu UMNO ini..

Bila ego terlalu besar.. takut mendengar kritikan dari orang bawahan dan tidak mahu lagi mendengar kritikan sebegitu cara mudah digunakan iaitu pecat ahli tersebut..

Bila dipecat maka akan tiada lagi kritikan sebegitu yang akan didengar.. dan pemimpin itu akan merasakan dia tidak lagi melakukan kesilapan kerana tiada lagi kritikan yang didengar, tetapi bukan kerana dia terlalu sempurna tetapi ahli-ahlinya takut dipecat..

Setelah dikritik semalam hari ini Samy Vellu bertindak memecat yang mengkritiknya.. maka akan tiada lagi kritikan yang didengarnya....

*********************************************

Timbalan ketua pemuda MIC dipecat


Mei 20, 10

Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan hari ini dipecat daripada parti itu.

Menurut ketua pemuda MIC, T Mohan, pemecatan Mugilan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu setelah berunding dengan timbalannya, Datuk G Palanivel.

Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu dia dimaklumkan berhubung pemecatan itu.

Bagaimanapun, katanya, pemecatan itu tidak dilakukan oleh jawatankuasa yang diketuainya.

Menurut perlembagaan MIC, keahlian anggota parti itu boleh ditamatkan oleh jawatankuasa disipilin dan juga melalui kuasa presiden setelah berunding dengan timbalannya.

Menurut Mohan, pemecatan Mugilan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sering kali membuat kenyataan yang membidas pemimpin MIC, khususnya Samy Vellu.

Katanya, keputusan menyingkirkan Mugilan itu dibuat berdasarkan dua faktor.

"V Mugilan mendakwa bahawa Datuk Seri Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India. Kedua, tindakan Mugilan berkempen demi kepentingan dirinya yang bertentangan dengan hasrat parti sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor," kata Mohan ketika dihubungi.

Katanya, jawatan timbalan ketua pemuda akan dikosongkan sehingga pemilihan parti itu yang dijadualkan pada tahun 2012.

Desas-desus Mugilan akan disingkirkan bertiup kencang sejurus sebelum pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu.

MIC pada mulanya mencalonkan Palanivel di kerusi berkenaan tetapi ia ditolak oleh ahli akar umbi Barisan Nasional, khususnya Umno yang mendakwa timbalan presiden kurang berupaya.

Sebaliknya nama, Mugilan dicadangkan tetapi timbalan ketua pemuda MIC itu ditolak oleh partinya dan sebagai kompromi ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dicalonkan.

Sejak itu, Mugilan yang kecewa terus membidas presidennya dan mendesak pemimpin yang telah menguasai MIC hampir 31 tahun supaya berundur.

Terbaru, pagi tadi, dia mencabar Samy Vellu presiden MIC itu untuk berdebat secara terbuka dengannya pada Ahad ini untuk membuktikan sepanjang 11 penggal menerajui parti India itu, Samy Vellu gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India.

Semalam, Mugilan pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya, berkata bahawa beliau sanggup berhadapan dengan apa-apa tindakan parti setelah merujuk kepada peguamnya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails