Tuesday, May 18, 2010

Bung Mokhtar : Dari LAWMAKER menjadi LAWBREAKER!!

Bung Mokhtar telah didesak meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kebinatangan.. oopps!! silap lagi...Ahli Parlimen Kinabatangan kerana menurut 25 ahli JAG yang telah berkumpul di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur , Bung telah memberikan contoh buruk kepada masyarakat selain mencemarkan imej wakil rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen ynag menggubal dan meluluskan undang-undang beliau sepatutnya menunjukkan contoh dan tauladan dalam menghormati undang-undang yang telah digubal dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen termasuk beliau sendiri..

Jika beliau sendiri tidak boleh menunjukkan hormat kepada undang-undang yang telah diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen termasuk beliau sendiri, bagaimana beliau boleh mengharapkan rakyat menghormati undang-undang itu..

Kerana nafsu.... LAWMAKER BECOME LAWBREAKER!!


Poligami: Kumpulan Wanita mahu Bung Moktar letak jawatan MP

May 18, 2010KUALA LUMPUR, 18 Mei — Kumpulan Tindakan Bersama Bagi Persamaan Jantina (JAG) akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri mendesak agar mengambil tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang mengaku berpoligami tanpa kebenaran akhir tahun lalu.

Selain itu Bung Moktar juga diminta melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat bagi menunjukkan teladan positif kepada masyarakat umum.

Jurucakap JAG, Maria Chin Abdullah berkata, tindakan perlu diambil kerana berpoligami tanpa kebenaran merupakan satu isu serius kepada masyarakat terutamanya wanita.

“Kita akan hantar surat bantahan kepada Perdana Menteri dan kita mahu tindakan diambil kepada beliau (Bung Moktar).

“Selain itu, kita juga akan menghantar surat yang sama kepada semua Ahli parlimen supaya mereka tidak melakukan perkara yang sama.

“Tindakan Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran juga seolah-olah tidak menghormati wanita,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Hari ini kira-kira 25 ahli JAG telah berkumpul di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat ini pagi tadi bagi mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana telah memberikan contoh buruk kepada masyarakat selain mencemarkan imej wakil rakyat.

Beliau berkata JAG juga mahu Bung Mokhtar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana melanggar undang-undang berpoligami tanpa kebenaran.

“Kita mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana telah melanggar undang-undang.

“Adakah beliau tidak tahu tentang undang-undang berpoligami?

“Adakah ini imej yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat? Jadi lebih baik beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Hari ini Bung Moktar dan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berhubung tuduhan melakukan poligami tanpa persetujuan mahkamah.

Pada 20 April lalu, Bung Moktar, 51, dan Zizie Izette, 31, mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah hujung tahun lepas.

Hukuman akan dijatuhkan esok.

Bung Moktar dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isterinya di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Bagi tuduhan itu, pasangan tersebut didakwa mengikut Seksyen 124 dan Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Maria yang juga Pengarah Eksekutif Empower berkata sebagai seorang pemimpin Bung Moktar tidak sepatutnya melanggar undang-undang syariah yang ditetapkan.

“Sebagai seorang pemimpin adakah beliau boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undang yang ditetapkan?

“Beliau bukan orang kebanyakan, jadi tindakan beliau ini akan mencemarkan imej pemimpin di negara ini,” katanya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails