Friday, May 21, 2010

Bukan Menteri diJabatan Perdana Menteri yang menghina Mahkamah tapi Nazri Aziz..

Alasannya ialah Kenyataan Nazri itu adalah pandangan peribadinya bukan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Hairan ni.. yang bercakap itu Nazri Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi kenyataan itu pula dianggap pandangan peribadi Nazri bukan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri..

Jadi bagaimanakah pula kita boleh menjustifikasikan kenyataan Nazri sebagai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Senang cakap.. umumkan sajalah.. Kenyataan Nazri itu tidak dianggap menghina mahkamah kerana beliau seorang ahli UMNO..


*******************************************

'Pornthip penipu': Nazri bebas hina mahkamah

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut koroner, Azmil Muntapha Abas (kiri, bertali leher) kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.

Beliau turut berpendapat, tiada bukti menunjukkan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk campur tangan dalam prosiding inkues menyiasat punca kematian Beng Hock

Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.

Ia berhubung penjelasan Pornthip mengenai keenggannya untuk ke Kuala Lumpur menyambung memberi keterangan kerana bimbangkan keselamatannya.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan itu bagi pihak abang Teoh, Meng Kee – bagi memenjarakan Nazri kerana kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "penipu".

Usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails