Friday, May 21, 2010

Babi Boleh Terbang kalau percaya cakap Taib Mahmud..

Itu adalah peribahasa yang diajar oleh seorang kawan aku yang berbangsa Tionghua.. katanya " Kalau Cakap seorang salesman itu boleh dipercayai.. esok babi boleh terbang"..

Maksud dia jelas sekali memang tak boleh dipercayai kata-kata salesman itu..

Taib Mahmud mengatakan kalau percaya cakap DAP dunia boleh terbalik dan sekarang Dunia masih tidak terbalik maka kalau kita percaya apa yang Taib Mahmud tu cakap.. esok Babi pun Boleh Terbang..




Taib: Dunia 'tungkup' jika percaya cakap DAP

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meminta rakyat supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional sebuah parti mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah semata-mata pembohongan.

"You percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Hamidah di Demak Jaya Jalan Bako di sini hari ini.

Taib, yang menyambut ulang tahun ke-74 hari ini, berkata bahawa di bawah Barisan Nasional demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini.

Katanya beliau mahu melihat rakyat kekal bersatu sekaligus menjadikan Sarawak negeri contoh kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails