Friday, May 7, 2010

Apa Khabar Dato Azhar?? Ketua Pembangkang Pulau Pinang tu la....

Semalam ketua pembangkang BN di DUN Pulau Pinang, dilaporkan berkata bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Ketika mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis - Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Sambil menyalahkan Lim Guan Eng kerana dikatakan memulakan provokasi terhadap Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato Azhar Ibrahim, setiausaha BN Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahya mengatakan mereka juga tidak boleh menerima kenyataan ADUNnya Datuk Azhar Ibrahim mengenai tragedi 13 Mei di sidang DUN semalam, sehingga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.

Sehubungan itu, Azhar juga telah dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada jawatankuasa BN negeri yang bermesyuarat pagi ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata Azhar telah melahirkan kekesalannya terhadap kenyataannya itu.

Dan MCA juga telah mengambil tindakan mengecam Ketua Pembangkang Pulau Pinang itu..

Haaa.. Apa Khabar Dato Azhar?


MCA: Kenyataan Azhar Ibrahim ancam keharmonian

Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok mengecam hujah berunsur hasutan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Azhar Ibrahim yang berbunyi "tragedi 13 Mei akan berulang", sebagai api permusuhan kaum.

Loh Seng Kok berkata, kenyataan sedemikian akan memusnahkan sehabis-habisnya perpaduan dan keharmonian masyarakat yang dibina bersama semua kaum sepanjang 40 tahun yang lalu, malah menjejaskan konsep 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri.

Kenyataan tersebut seolah-olah memberi peringatan kepada bangsa Melayu, supaya melihat tragedi 13 Mei sebagai satu pengajaran. Ia adalah kenyataan yang menyinggung orang Malaysia. Pada masa yang sama, ia adalah satu pengaiban terhadap orang Melayu, kerana menyifatkan orang Melayu sebagai bangsa yang ganas.

Loh Seng Kok berkata, seseorang wakil rakyat harus sentiasa mengingati bahawa dirinya tidak boleh menyalahgunakan kebebasan bersuara, walaupun kenyataan dalam dewan perundangan kebal daripada dakwaan.

Selain itu, seruan Azhar Ibrahim (gambar kiri) agar tentera membantu dalam menjaga keamanan mengandungi unsur ugutan. Pada masa yang sama, kemampuan Polis Di-Raja Malaysia diperlekehkan. Ini kerana negara kita bukan berada dalam keadaan darurat. Meminta agar tentera membantu untuk mengawal keselamatan mungkin mencungkil ketakutan rakyat Malaysia seolah-olah kita berada dalam zaman peperangan.

Apa yang lebih penting, keterlanjuran Azhar Ibrahim mungkin menakutkan pelabur syarikat multinasional yang bertapak di Pulau Pinang, menyebabkan pelabur asing menarik diri dari Malaysia.

Setelah 53 tahun merdeka, apa yang mengecewakan adalah kenyataan menghasut ini masih menyelubungi tempat yang suci ini. Sungguhpun kita mengalu-alu kritikan yang membina, tetapi bukan kenyataan menghasut.

Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus mengawal kenyatan dirinya supaya tidak terlebih kritik terhadap polis sebelum hasil siasatan keluar. Ini akan menjurus kepada kritikan yang berat sebelah dan tidak adil untuk polis.


Merdeka Review

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails