Saturday, May 22, 2010

Antara Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) dan Gerakan Anti PKR (GAP)

Walaupun aku tak berapa suka dengan ahli-ahli MIC ini kerana mereka bersekutu dengan UMNO tapi aku tabik kat V.Mugilan ni..

Beliau berani secara terang-terangan akanmenubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) setelah beliau dipecat oleh Samy kerana mendesak agar Samy segera berundur dari MIC tujuan ditubuhkan adalah untuk terus mendesak agar Samy Vellu berundur, berita penuh sila baca dibawah..

Kebanyakan dari kita mungkin mengetahui dan menyedari kewujudan sebuah Blog dengan nama Gerakan Anti PKR, Blog yang dibina khas untuk menentang PKR terutamanya DS Anwar Ibrahim. Blog ini juga dikenali dengan singkatan nama GAP.

Cara penulisannya memperlihatkan Blog Gerakan Anti PKR (GAP) ini dimiliki oleh seorang Melayu yang sudah tentu berugama Islam..

Blog Gerakan Anti PKR ini telah menjadi popular secara mendadak ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang lalu kerana empunya Blog telah menyahut seruan Azmin agar dibuktikan tuduhan bahawa Zaid Ibrahim itu kaki botol..

Blog ini membuktikan dengan menyiarkan gambar yang menunjukkan Zaid Ibrahim sedang memeluk botol arak dan terbukti gambar itu adalah super impose setelah pada tengahari penyiaran gambar yang telah disuper impose oleh empunya Blog itu, The Nut Graph menyiarkan gambar asal tersebut..

Walaupun telah terbukti gambar yang disiarkan itu adalah fitnah dan Pilihanraya Kecil itu telah lama berlalu dan sehingga kini tiada permohonan meminta maaf dibuat oleh tuan empunya Blog yang telah menyiarkan gambar tersebut...

V.Mugilan yang telah dipecat oleh Samy dari MIC secara terang-terangan akan menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) untuk meneruskan desakan agar Samy Vellu berundur..

Manakala Gerakan Anti PKR (GAP) pula dibina untuk menentang PKR oleh yang tidak diketahui siapa tuan punyanya.. mungkin dibina oleh golongan yang kecewa setelah berjuang lama dalam PKR tetapi tidak mendapat sebarang pulangan atau imbuhan, mungkin juga dibina oleh golongan yang tidak mendapat jawatan atau kehilangan jawatan..atau mungkin dibina oleh seseorang yang cintanya ditolak oleh Nurul Izzah.. entahlah…

Biar apa pun alasan diberikan untuk membina blog tersebut, Antara Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) dan Gerakan Anti PKR (GAP) ternyata V.Mugilan tidak bersikap sebagai pengecut yang hanya berani lempar batu sembunyi tangan, bina blog tetapi takut untuk menonjolkan diri sebagai empunya Blog…



V. Mugilan menunjukkan surat pemecatan dengan ditemani anggota
CWC MIC, G. Kumar Aman (tengah) dan peguamnya


Mugilan lancar GAS desak Samy berundur segera

Oleh G.Manimaran
May 22, 2010


PETALING JAYA, 22 Mei — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu kelmarin akan melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) 30 Mei ini bagi mendesak Presiden MIC berundur segera.

Majlis pelancaran akan diadakan di ibu negara dengan dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang.

Mugilan mengumumkan langkah pertama ini tiga hari selepas menerima surat pemecatan daripada Datuk Seri S. Samy Vellu.

Mugilan menolak pelan peralihan kepimpinan Samy Vellu Rabu lalu dengan mendesak presiden itu berundur serta-merta dan jika tidak sebelum 31 Disember ini.

Mugilan, 35, yang merupakan Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor sehingga beliau dipecat kelmarin berkata, usahanya ini mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin parti itu sama ada yang telah dibuang ataupun masih menganggotainya.

“Malah, usaha ini juga mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum,” kata Mugilan yang enggan mendedahkan nama ‘orang besar’ yang menyokongnya.

‘GAS adalah kuasa rakyat, hari keramat untuk MIC menghadapi masa depan yang lebih baik, kekal relevan,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas sidang media di sini.

“Kami hendak menunjukkan kepada kerajaan pimpinan BN bahawa masyarakat India adalah serius untuk melihat perubahan kepimpinan dalam MIC iaitu Samy Vellu berundur,” katanya.

Samy Vellu, 73, menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat Mugilan kelmarin walaupun sehari sebelum itu mengumumkan akan merujuk kepada jawatankuasa disiplin kerana telah bertindak bertentangan dengan kepentingan MIC dan BN semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April lalu.

Mengumumkan perkara ini pada sidang media di sini pagi ini — yang diadakan untuk membuat pendedahan mengenai kepimpinan Samy Vellu yang menerajui MIC sejak 1979, Mugilan berkata:

“Saya akan mengumumkan nama mereka ketika pelancaran Ahad ini.”

Selepas pelancaran di ibu negara Ahad, kata beliau, GAS akan bergerak ke seluruh negara bagi mencari sokongan menggesa Samy Vellu berundur segera.

Sempena pelancaran itu kata Mugilan, beliau akan mengeluarkan CD khas mengisahkan kepimpinan Samy Vellu sepanjang 31 tahun ini.

“Ia akan menggambarkan siapakah sebenarnya Samy Vellu,” katanya.

Rangkaian sosial Facebook bertajuk “Support GAS” juga akan dimulakan, kemungkinan hari ini.

“Dulu kita menggunakan kayu untuk mengadakan api, sekarang zaman sudah berubah, kita gunakan gas... usaha perlu digerakkan untuk mendesak Samy Vellu berundur, saya tidak bertindak menentang kepentingan MIC, tetapi mahu Samy Vellu berundur,” kata beliau dengan merujuk usaha baru dengan penubuhan GAS ini.

Sambil menyifatkan sejarah berulang, Mugilan sekali lagi mempertahankan tindakannya meminta Samy Vellu berundur segara atas alasan pemimpin veteran itu pernah menggesa Tun V.T. Sambanthan, presiden ketika itu, agar meletakkan jawatan dengan segera.

“Masa itu Samy Vellu berusia sekitar 30-an dan saya sekarang berusia 35 tahun. Jadi, jika Samy Vellu boleh buat dulu (desak Sambanthan berundur), mengapa kami, saya sebagai pemimpin Pemuda sekarang tidak boleh mendesak berhenti sekarang?

“Dan, apabila saya meminta beliau berundur mengapa mahu ambil tindakan?” kata Mugilan yang hubungan dengan Samy Vellu dingin sejak namanya mendapat perhatian Umno dan pucuk kepimpinan BN untuk diturunkan sebagai calon Hulu Selangor.

Ketika ditanya sama ada yakin akan berjaya dalam usahanya ini, Mugilan berkata, beliau mempunyai sokongan moral yang baik buat masa sekarang.

“Kita kena buat sekarang, jika tidak buat sekarang ia akan memberi kesan buruk kepada MIC dan BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails