Wednesday, May 5, 2010

Ambil Alih Tol oleh Asas Serba, PRIVATISATION atau PIRATISATION ?

Semalam Harian Metro melaporkan ASAS Serba Sdn Bhd iaitu syarikat yang bercadang mengambil alih syarikat-syarikat pemegang konsesi tol di negara ini, masih menunggu jawapan kerajaan berhubung cadangan itu.

Kononnya rancangan pengambilalihan itu adalah untuk kebaikan negara dan rakyat. Bilamana pengguna lebuh raya akan diberikan diskaun 20 peratus dan tiada lagi kenaikan kadar tol dilakukan. Golongan berpendapatan rendah akan diberikan rebat setiap kali menggunakan lebuh raya bertol.

Selain itu, kerajaan juga tidak lagi perlu mengeluarkan subsidi seperti sekarang, sekali gus dapat menjimatkan ratusan bilion ringgit kata Pengarahnya, Ibrahim Bidin

Itu adalah satu berita baik...

Jika sebuah Syarikat sanggup menawarkan hingga RM50 Billion bagi mengambilalih kesemua konsesi tol di Negara ini dan berjanji akan mengurangkan kadar tol yang sedia ada sebanyak 20% ini membuktikan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat pemegang konsesi tol di negara ini adalah tinggi..

Dan yang kita tahu biasanya golongan berpendapatan rendah akan menggunakan motorsikal sahaja jadi samada rebat diberikan atau tidak setiap kali mereka menggunakan lebuh raya bertol ini tidak memberikan sebarang kesan buat mereka kerana Motorsikal tidak dikenakan tol, lainlah kalau Syarikat yang bercadang untuk mengambil alih keseluruhan konsesi tol itu akan mengenakan tol terhadap pengguna yang menggunakan Motorsikal..

Dulu lebuhraya diswastakan oleh kerajaan dengan alasan bagi mengurangkan kos urustadbir oleh kerajaan malangnya pengswastaan itu beserta dengan perjanjian yang akan menjadikan kroni mereka bertambah kaya iaitu memberikan subsidi agar syarikat kroni mereka tidak mengalami kerugian malah bertambah kaya..

Jika dikatakan kerajaan akan berjaya menjimatkan ratusan bilion ringgit, kerana tidak perlu lagi memberikan subsidi kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi tol di negara ini, kenapa tidak kerajaan sendiri yang mengambilalih kesemua syarikat-syarikat pemegang konsesi tol itu?

Andaikata kerajaan mengambil alih kesemua syarikat-syarikat pemegang konsesi tol itu rasanya kadal tol bukan saja boleh diturunkan hingga 20% tapi pasti lebih rendah..

Dan andaikata kerajaan bersetuju pula dengan cadangan pengambil alihan oleh ASAS Serba itu.. nescaya kita akan melihat wujudnya sebuah lagi syarikat yang memonopoli perniagaan tersebut seperti wujudnya Sebuah syarikat yang memonopoli siaran TV Satelite sekarang..

Lebuhraya yang dimonopoli oleh sebuah syarikat yang pastinya akan meletakkan harga ikut suka mereka sahaja..

Yang pasti… kita mahukan PRIVATISATION BUKAN PIRATISATION..


Dengarkan apa kata Lim Guan Eng


Video by Chan Lilian, Citizen Journalist


Berita Berkaitan.

Asas Serba masih tunggu jawapan


2010/05/04

ASAS Serba Sdn Bhd (Asas Serba), syarikat yang bercadang mengambil alih syarikat-syarikat pemegang konsesi tol di negara ini, masih menunggu jawapan kerajaan berhubung cadangan itu.
Pengarahnya, Ibrahim Bidin, berkata kertas cadangan perkara itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Perdana Menteri tahun lalu.

Beliau berkata, menerusi kertas kerja itu, pihaknya akan menubuhkan satu syarikat konsesi baru yang akan menerbitkan bon sehingga RM50 bilion bagi mengambil alih semua pegangan konsesi tol daripada pemegang saham sedia ada.

“Rancangan pengambilalihan ini untuk kebaikan negara dan rakyat. Pengguna lebuh raya akan memperoleh diskaun 20 peratus dan tiada lagi kenaikan kadar tol dilakukan. Golongan berpendapatan rendah akan diberikan rebat setiap kali menggunakan lebuh raya bertol.

“Selain itu, kerajaan tidak lagi perlu mengeluarkan subsidi seperti sekarang, sekali gus dapat menjimatkan ratusan bilion ringgit,” katanya pada taklimat media berhubung cadangan pengambilalihan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Pengerusi Asas Serba, Datuk Syed Amin Aljeffri yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) dan Wan Kamaruddin Wang Mohamed Ali. Seorang lagi pemegang saham Asas serba ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sepang Engineering Sdn Bhd, Syed Budriz Putra. Ibrahim berkata, pihaknya sudah merangka pelbagai strategi untuk menjana pendapatan tanpa perlu menaikkan kadar tol.

“Antaranya dengan meningkatkan perolehan bukan tol dan memperbaiki cara pelaksanaan kos pengoperasian bagi meningkatkan keberkesanan kos.

“Dengan kadar lebih rendah, dijangkakan jarak perjalanan bagi setiap kenderaan akan ditingkatkan. Untuk itu, syarikat konsesi baru yang bakal ditubuhkan kelak akan mengadakan kempen menggalakkan orang ramai menggunakan lebuh raya bagi meningkatkan perolehan dijana setiap kenderaan,” katanya.


myMetro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails