Monday, May 10, 2010

500 Hadir Tapi 1,700 Yang Keluar Parti

Patutlah tak habis-habis ahli PKR ni.. keluar 20 orang media UMNO/BN buat laporan mengatakan 1700 orang yang keluar..

Kalau macam tu punya laporan lagi 20 PRK mesti ahli PKR yang keluar PKR jumlahnya melebihi melebihi ahli PKR sendiri..



SHAH ALAM 10 Mei - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menafikan laporan media yang dipetik kononnya 1,700 ahli KEADILAN isytihar keluar parti di Kulim, Kedah hari ini

Johari turut menafikan laporan tersebut kerana menurutnya tidak sampai 20 orang yang mengumumkan keluar parti dalam Majlis Hari Ibu yang telah disalahguna oleh MIC.

"Sebenarnya apa yang diadakan semalam adalah program meraikan Hari Ibu.

"Kehadiran dalam majlis tersebut cumalah 480 orang dan rata-ratanya daripada kaum India.

"Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja ahli KEADILAN tetapi orang ramai daripada mana-mana parti pun boleh datang tetapi ada dalang mengambil kesempatan dalam majlis tersebut.

"Tetapi yang peliknya, kehadiran dalam majlis itu tidak sampai 500 orang tapi yang diumumkan 1,700 orang keluar parti," kata Johari ketika dihubungi Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan MIC itu sebenarnya untuk mendapatkan undi kaum India dan semata-mata untuk memperkukuhkan personaliti pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Tambah beliau, gimik keluar parti ini biasanya akan kedengaran di musim pilihan raya terutamannya di Sibu yang menyaksikan pilihan raya kecil 16 Mei nanti.


Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails