Friday, May 28, 2010

380,000 nama saja yang dikeluarkan dari UMNO?

Oleh kerana tidak dapat dikesan atau sudah meninggal dunia UMNO telah mengeluarkan 380,000 nama dari senarai keahliannya..

Banyak tu saja ka?

Yang hilang tu boleh jadi mereka tidak dapat dikesan kerana telah pulang kekampung halaman mereka samada di Indonesia ataupun Bangladesh kot...


Bagaimanapula yang masih hidup dan telah melompat keluar ke PKR atau PAS dan tak lupa juga DAP?

Kalau dikeluarkan semua nama-nama yang dah hilang, yang dah meninggal dan juga yang telah melompat keluar dari UMNO... mahu ketar Najib dan kawan-kawannya tengok jumlah yang tinggal dalam UMNO tu..

Macam kat tempat aku ni.. untuk menunjukkan ahli mereka ramai, UMNO Cawangan sini masih mengekalkan nama ahli-ahli mereka biarpun jelas didepan mata ahli mereka itu telah menyertai PKR dan juga PAS..

Sampaikan yuran keahlianpun ada orang depa tolong bayarkan..

bila ditanya "Aku dah keluar dari UMNO.. pasai apa nama aku masih ada sebagai ahli UMNO?"

Depa jawab "Hang tak pernah isi borang keluar parti..."

Aku tanya pulak "Borang keluar UMNO, ada dak?"

Depa jawab "Tak keluar lagi.."

Jadi pasai aku tak pernah isi borang keluar UMNO yang tak ada tu.. maka aku masih ahli UMNO yang bergerak menyokong PR...

Nampak ramailah keahlian mereka tu.. hinggakan baru-baru ini mesyuarat agung UMNO Cawangan ditempat aku terpaksa ditangguhkan pasal tak cukup korum..

Nak cukup macam mana kalau yang datang tu cuma 7 orang saja.. aku ulang 7 Orang saja dari beratus-ratus ahli UMNO Cawangan kampung aku ni.. kah.. kah.. kah..

Untuk membolehkan mesyuarat agung berlangsung lain kali.. aku cadangkan UMNO merombak depa punya peraturan mesyuarat tu.. jadikan jumlah korum yang wajib bagi setiap kali mesyuarat agung tahunan ialah 2 orang.. baru mesyuarat boleh jalan biarpun tak ada orang..

Kalau umur pemuda pun korang boleh tetapkan dibawah 50 tahun pasal kekurangan ahli-ahli yang berumur dibawah 40 tahun apa salahnya syarat mesyuarat korang rombak untuk menyesuaikan dengan keadaan...

********************************************

Umno telah mengeluarkan kira-kira 380,000 orang daripada senarai keahliannya kerana mereka tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil proses pemutihan ke atas senarai nama keahlian utama BN itu.

Selepas dibersihkan, senarai keahlian Umno kini disahkan berjumlah 3,159,484 orang.

"Ini kerana senarai keahlian tidak boleh dipertikaikan dan melambangkan kekuatan kita yang sebenarnya," katanya.

Najib yang juga perdana menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.

Dalam masa yang sama, Najib turut menekankan agar program Juara Rakyat dilaksanakan sepenuhnya mengikut garis panduan parti, dengan melibatkan rakyat jelata.

"Kita ulangi semula dalam mesyuarat ini. Saya minta pengerusi perhubungan Umno negeri untuk memberi tumpuan supaya jentera parti kita bukan sahaja cergas tetapi menepati kumpulan sasaran, yakni rakyat teramai," katanya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails