Monday, May 10, 2010

1700 Ahli PKR Kulim keluar Parti..

Mak aih!! Ramainya ahli PKR Kulim ni ya.. sekali keluar 1700 orang tapi tak ada pula Ranting atau Cawangan yang dibubarkan..

Agaknya berapa ratus ribu ahli PKR di Kulim ni ya..

Yang hairannya setiap kali PRK pasti ada berita Ahli PKR keluar parti tapi tak habis-habis lagi Ahli PKR ni walaupun setiap PRK beribu-ribu ahli yang keluar..

Kalau setiap bulan ada PRK aku rasa kalau dicampurkan semua ahli PKR yang keluar PKR tu sepertimana yang dilaporkan oleh media Pro UMNO/BN , mungkin akhirnya yang tinggal hanya DS Wan Azizah sorang saja...


KULIM: Kira-kira 1,700 anggota dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi.

Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat sini.

Hadir sama pada majlis ialah Setiausaha BN Kedah, Datuk Paduka Rodzai Sufian; Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew; Setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Pengerusi MIC Kedah, S Ananthan.

Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata, mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama anggota Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin." Katanya, mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria, Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Ahmad Bashah mendakwa ramai lagi penyokong dan anggota PKR dan PAS di Kedah dijangka keluar parti untuk menyertai BN tidak lama lagi.

Ananthan yang juga Ketua MIC Kulim/Bandar Baharu berkata, perkembangan itu menunjukkan masyarakat India di Kedah sedar kesilapan mereka menyokong pakatan pembangkang.

Katanya, Pusat Khidmat Masyarakat MIC DUN Lunas di Taman Cekur Manis menyelesaikan lebih 2,000 masalah yang dihadapi penduduk.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails