Monday, April 26, 2010

Zaid Akan Bantah Keputusan Pilihanraya Hulu Selangor Di Mahkamah?

ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantah keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.

Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.

Maklumat sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan. Zaid juga dijangka akan membuat sidang akhbar esok berhubung tindakan yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak.

Sehubungan itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan jentera kerajaan.

Memorandum ini bakal menjadi dokumen baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun lalu.

Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang.

Petiysen ke atas pilihan raya Hulu Selangor itu dan memorandum itu dilihat bakal memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam setiap pilihan raya.


MSO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails