Thursday, April 8, 2010

Tahun 2011: Malaysia tanah jajahan Israel?

Negara kita, Malaysia merupakan sebuah tanah subur, dimana banyak Negara ingin menaklukinya. Sejak zaman dulu lagi, tanah ini sering dikunjungi pelawat asing yang selepas itu mula merancang serangan keatas tanah kita. Kita bermula dengan Srivijaya, Portugis, Perancis and Belanda; kemudian Jepun.

Negara kita sebelum merdeka memang penuh dengan pelawat-pelawat yang berkenan dengan tanah kita. Namun, kita tidak pernah tunduk kepada apa-apa kuasa asing tanpa melawan, kecuali kepada Negara Cina dimana bunga emas dihantar sebagai tanda persahabatan dan juga ufti perlindungan. Ini bermaksud, Cina telah lama memberi perlindungan kepada kita pada masa itu.




By avancc

Semasa dalam jajahan, ramai rakyat asing dibawa masuk ke Negara kita untuk berkerja. Semasa Negara kita berunding untuk mencapai kemerdekaan pula, Philipina dan Indonesia pula berhasrat hendak bergabung. Ini bererti, Negara kita maju, makmur dan popular sebagai tempat untuk mancari nafkah hidup yang lebih baik.

Parti UMNO lama, dengan bantuan beberapa individu yang berbangsa Cina dan India, sememangnya telah berusaha dan berjaya mencapai kemerdekaan Negara; dan jasa mereka tidak patut kita lupai. Malaysia, selepas kemerdekaan menjadi semakin stabil.

Rakyat kita, yang dilantik sebagai wakil rakyat, telah berusaha mempelajari cara-cara penyelengaraan institusi dan berjaya membawa Negara kita ke tahap baru sosial and ekonomi. Perubahan ini tidak mudah diterima oleh rakyat. Sesetengah rakyat kita dapat mengharungi perubahan dengan perubahan diri dan dapat meyesuaikan diri mereka secara beransuran. Bagi yang lain, mereka mendapati diri mereka terpinggir dan diabaikan.

Pada masa itulah rakyat kita mula terbawa dengan situasi ketidakseimbangan sosial itu dan mula berkomplot menjatuhkan kerajaan dengan dalih bahawa rakyat mereka diabaikan. Terjadilah perbalahan May 13.

Akan tetapi, selepas kemerdekaan, dan selama 52 tahun selepas kemerdekaan, perbalahan dan pengambilalihan puncak pengurusan negara hanya berlaku diantara rakyat Negara kita sendiri. Selepas kemerdekaan, tidak ada lagi kuasa asing yang dapat menawan Negara kita. Namun kita mungkin tidak dapat menhayati semua itu lagi.

Pada zaman sebelum Merdeka, rakyat asing beria-ia hendak datang tinggal dan berkerja di negara kita. Sekarang, rakyat kita cuba sedaya upaya untuk keluar dari sini. Kalau negara kita dulu maju dan makmur, sekarang ia semakin mundur.

Tetapi, yang peliknya, negara kita masih penuh dengan hasil-hasil semula jadi; masih penuh dengan kayu-kayan; masih ada petroleum. Kalau dibezakan dengan Singapura, negara kita jauh lebih “kaya” dengan tanah, dan sumber semulajadi. Kenapa kita mundur?

Dengan munculnya APCO dalam pengurusan hal-ehwal negara kita, ia bermaksud kita sudah tidak berkebolehan untuk mengurus negara sendiri. Pada zaman sebelum kemerdekaan, sebab yang sama juga kita tidak dianugerahkan dengan kemerdekaan walaupun wakil kita telah banyak kali berulang alik ke negara asing untuk berbincang mengenainya. Dalih mereka: Kita masih tidak berkebolehan mengurus negara sendiri.

Sekarang, wakil rakyat kita meminta campur tangan asing. Kalau dulu, pendekar kita tidak menyerah kalah dan terpaksa mati bertahan serangan asing; sekarang wakil kita menyerahkannya secara suka-rela. Tidak mampukah kita mengurus Negara sendiri sehingga memerlukan campur tangan asing secara langsung? Dengan itu, adakah ia bermaksud wakil kita tidak berkebolehan mengurus Negara? Dengan itu juga, adakah ia bermaksud kita bakal hilang kemerdekaan kita?

Nasib masa hadapan Negara diletakkan keatas tangan wakil kita, dan inilah yang dibuat mereka – menyerahkannya kepada kuasa asing. Dengan kekejaman dan tindasan yang dilihat di Israel, adakah Negara kita akan menjadi sebuah tanah jajahan mereka di masa depan kelak? Adakah kita akan kembali ke zaman sebelum Merdeka, dimana kita dijajah sana dan sini.

Nasib Negara diletakkan di tangan wakil rakyat. Pilihan wakil rakyat diletak di tangan kita. Pilihlah wakil yang boleh membantu negara kita, dan kita untuk maju, manangkis serangan dan hasrat kuasa asing untuk menjajah secara langsung dan tidak langsung.

Negara kita diambang kemerosotan dengan keputusan wakil rakyat kita untuk membenarkan campur tangan kuasa asing; dengan melarang dan memanipulasi kuasa ketua Negara iaitu Raja kita. Kita tidak akan dapat melepaskan diri sehingga kita menukar wakil-wakil yang menjual maruah negara.

Untuk masa depan yang lebih selamat, aman dan makmur, buatlah pilihan yang wajar..


Origin

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails