Saturday, April 10, 2010

Shafie Afdal kecewa tak boleh kencing dalam tandas..

Rasakan!! Itulah perasaan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bila mereka dihalang dari menggunakan kemudahan yang ada.. nak guna dewan.. dewan dikunci, nak guna tandas.. tandaspun dikunci..

Tak sedarkah mereka bahawa mereka sendiri telah melakukan tindakan yang sama terhadap Pakatan Rakyat semasa mereka berkuasa dulu.. malah lebih teruk dari apa yang berlaku diatas.. jalan yang menghala kemajlis dibuat sekatan oleh polis, bekalan elektrik dipotong malah pembesar suara pun dilarang penggunaannya oleh Pakatan Rakyat..

Bravo PR Selangor!! Lain kali jalan yang nak menghala kemajlis UMNO korang korek pulak.. biar pemimpin mereka merasa bagaimana teruknya kena menapak pulak..

Bila kena atas batang hidung mereka sendiri baru mereka tahu nak merungut..



Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.

Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.

"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.

Kegagalan untuk menggunakan dewan itu memaksa penganjurnya Risda mengadakan program berkenaan di kawasan padang sekolah di sebelah dewan berkenaan.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan kira-kira 1,000 yang hadir dalam program berkenaan merupakan golongan warga emas.

"Pintu tandas dewan pun dikunci, kasihanlah sebab yang datang ini ramai orang-orang tua," katanya.

'Kelantan bawah Pakatan pun kita bantu'

Turut hadir di majlis itu ialah penyelaras parlimen BN Hulu Selangor Datuk G Palanivel, wakil rakyat Ulu Bernam Datuk Idris Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan bawah kementerian Shafie.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya.

"Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu... Tapi sedihnya kita hari ini, kita bina dewan tapi sekarang tak boleh guna dewan," katanya.

Beliau dalam pada itu turut membidas pemimpin pembangkang, dengan menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran.

Beliau menyebut gelagat pemimpin popular DAP itu di Dewan Rakyat yang didakwa cuba untuk mempertikaikan kedudukan institusi beraja di negara ini.

"Titah (Yang di-Pertuan) Agong pun Lim Kit Siang hendak ubah... Sudahlah tidak sokong, keluar pula dari dewan.

"Ini saya tengok dengan mata kepala saya sendiri," katanya.

Dalam ucapannya itu, beliau turut merayu supaya sokongan terhadap BN diteruskan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor yang pada 25 April ini.

Risda hari ini menganjurkan majlis tersebut bagi mengagihkan bayaran dividen kepada 253 orang peneroka getah dan kelapa sawit melibatkan kawasan seluas 70 hektar.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails