Friday, April 23, 2010

Selain Altantuaya.. Teoh Beng Hock pun ditakuti juga..

Petang tadi Chegu Bard telah ditahan Polis kerana satu laporan polis yang telah dibuat terhadapnya pada hari penamaan calon minggu lalu..

Besar kemungkinan penahanannya itu ada kaitan dengan 'T-Shirt' bergambar Altantuya yang dipakainya pada hari penamaan calon itu.

Kita telah dimaklumkan bahawa kematian Teoh Beng Hock tiada kena mengena dengan UMNO/BN. Ahli UMNO hari ini telah mengarahkan SPR untuk menurunkan Banner Gergasi Mendiang Teoh Beng Hock yang telah dipasang diantara jalan dari Kuala Kubu Baru menuju ke Batang Kali di Hulu Selangor.

Dan pihak SPR dengan kerjasam Polis telah bertindak dengan kadar segera menurunkan Banner Gergasi tersebut, sebelum ini mereka telah bertindak laksana kura-kura bila ada protes dibuat mengenai Poster-poster dan Banner provokasi yang dipasang oleh UMNO/BN.

Nampaknya kini.. selain Altantuya.. Mendiang Teoh Beng Hock juga menghantui kerajaan UMNO/BN..









Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails