Tuesday, April 6, 2010

RM100 : Shahrizat rasa Malu?

Shahrizat kata"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

Mmm.. malu.. malu konon..

Awal-awal lagi Lim Guan Eng telah menerangkan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa pemberian ikhlas RM 100 itu bolehlah dianggap sebagai hadiah ulangtahun kelahiran warga emas terbabit.

Tujuan pengagihan itu bukanlah untuk membasmi kemiskinan tetapi sekadar menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghargai warga emas Pulau Pinang.

Kalau Shahrizat mengatakan nilai warga emas pulau Pinang ialah kurang dari RM10 sebulan, itu jauh lebih baik dari tidak dihargai atau tiada nilai langsung..

Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang adakah pernah mereka menghargai kehadiran atau keujudan Warga Emas yang banyak menyumbang untuk kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Kecuali RM50 dan sehelai kain batik/pelikat selama 5 tahun sekali menjelang pilihanraya tiba, warga emas Pulau Pinang tidak pernah dihargai langsung oleh Barisan Nasional yang memerintah sebelum itu.. ini yang sepatutnya memalukan Shahrizat..

Shahrizat juga sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana sebagai seorang Menteri beliau telah mengulas isu ini hanya mengikut logic akal beliau sahaja tanpa mengetahui tujuan sebenar pengagihan RM100 ini…

Dan kenyataan Shahrizat yang menawarkan Takziah buat warga Emas yang masih hidup boleh juga dianggap sebagai Kurang Ajar.....



*******************************************


RM100: Shahrizat tawar takziah pada warga emas
Apr 6, 10

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Beliau ditemui selepas mendengar taklimat program pembasmian kemiskinan dan kebajikan Negeri Sembilan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri di Seremban yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Menyifatkan pemberian itu bukan saja tidak membantu membasmi kemiskinan, jumlah RM100 itu juga katanya tidak dapat menampung keperluan warga emas terbabit.

"Tapi bila saya datang ke Negeri Sembilan di bawah kerajaan BN (Barisan Nasional) yang dipimpin Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, saya dapati program pembasmian kemiskinan dan kebajikan lain di negeri ini berjalan begitu baik sekali.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana mengikut rekod kami pencapaian Negeri Sembilan dalam program untuk pembasmian kemiskinan begitu baik sekali berbanding kerajaan Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata, sehingga 25 Mac lalu hanya terdapat 95 keluarga dikategorikan miskin tegar di Negeri Sembilan dan 646 di dalam kategori miskin iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM440 sebulan.

"Ini menunjukkan program jaringan keselamatan sosial Negeri Sembilan begitu berkesan sekali dalam membasmi kemiskinan di negeri itu. Kita berharap akan mencapai sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita untuk pembasmian kemiskinan tegar dan miskin di Negeri Sembilan pada hujung tahun ini," katanya.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails