Friday, April 2, 2010

Pulangkan Kerusi Hulu Selangor kepada kami - UMNO

Nampaknya penyokong-penyokong UMNO Hulu Selangor bersungguh-sungguh mahukan kerusi Hulu Selangor dikembalikan kepada mereka.

Memang agak menghairankan kenapa Najib perlu mengekalkan kerusi tersebut kepada MIC sedangkan masyarakat India disitu hanyalah golongan minoriti, yang menjadi majoritinya ialah Melayu..Melayu yang mungkin setia kepada UMNO..

Nak dikatakan kerusi itu milik tradisi MIC bukan juga pasal asalnya ianya milik UMNO..

Dan menurut ahli UMNO sendiri "Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini"

Adakah Najib akan membuktikan bahawa bagi beliau pandangan dari akar umbi UMNO tiada nilai langsung baginya dan Samy Vellu akan lebih diutamakan?? Sama-samalah kita nantikan....




Lagi desak Hulu Selangor diserah kepada Umno

Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman, meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun "diserahkan" kepada MCA dan MIC.

Beliau berkata, permintaan ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.

"Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu.

"Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di Shah Alam.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad, akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sebelum ini, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, mencadangkan supaya timbalannya, Datuk G Palanivel, mewakili BN untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Palanivel adalah Ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum kalah pada 2008.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon wanita dari Umno, Halimathon Saadiah, pada pilihan raya umum 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian dan "diserahkan" kepada MCA pada pilihan raya umum 1959 sehingga 1982 dan seterusnya kepada MIC pada 1986 sehingga kini.

Ramli yang juga bekas exco Selangor dan bekas Adun Kalumpang, turut mencadangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails