Tuesday, April 6, 2010

Perkauman – apinya tidak padam

PERKASA bangkit menentang persoalan bila kaum-kaum lain boleh diberikan taraf kewarganegaraan yang sama dengan Melayu bagi mencapai konsep 1 Malaysia yang di kemukakan oleh Karpal Singh.

Tindakan itu jelas mencabar hak dan keistimewaan orang Melayu dan ini seterusnya mencabar perlembagaan negara. Sebelum ini Karpal pernah di cabar untuk mengemukakan usul bagi meminda perlembagaan untuk tujuan kesamarataan mutlak sebagai tuntutan perjuangan kaum-kaum lain.

Bagaimana mahu kita selesaikan masalah perkauman yang ada? Adakah dengan kita mencucuh api maka akan terbakar hangus suara-suara yang akan memohon kesamarataan hak antara Melayu dan kaum lain. Adakah masalah perkauman – perbezaan kaum ini dapat diselesaikan dengan kejayaan menyeluruh 1 Malaysia.

Adakah masih kita tidak faham konsep 1 Malaysia? Ini bukan konsep asing dalam membentuk perpaduan. Ini hanya peningkatan agar penumpuan diberi terhadap perpaduan tetapi pengertian selalunya di manipulasi untuk mencari ruangan bagi memperkecilkan – usaha terhadap perpaduan.

Ini usaha kita untuk perpaduan dengan tidak menghiris sensitiviti kaum – khususnya keistimewaan yang di peruntukkan kepada orang Melayu.

Kita perlu mendapatkan keseimbangan sebelum kita mencuri makna kesamarataan yang mahu di tuntut oleh kaum lain. Keadaan keseimbangan ini merujuk kepada kekuatan Melayu khususnya dalam perekonomian – meratakan padang tempat kita bermain. Kesamarataan ini juga akan hasil setelah proses keadilan itu berjalan dengan lancar – terikat dengan pelaksanaan sistem – sistem lain yang sempurna – integriti yang tinggi dan kematangan masyarakat.

Tumpuan harus diberi dan konteks 1 Malaysia yang disarankan adalah agen perpaduan dan bukan ruangan untuk menuntut kesamarataan.

Namun agak-agaknya bila kedudukan ideal ini akan sampai lantas memadamkan api perkauman. Adakah dengan tiba-tiba kita memberi kesamarataan – menghapus keistimewaan Melayu, meminda Perlembagaan – membuang peruntukkan keistimewaan ini akan menimbulkan keadaan yang selesa – membentuk perpaduan yang sempurna? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan kalangan Melayu itu sendiri – seolah-olah maruah tercalar.

Adakah tidak kedudukan kesamarataan yang di pohon itu tidak menimbulkan agen provokatif seperti PERKASA lantas mahu menyimbah minyak semata-mata untuk kepentingan kelompok tertentu lalu menggagalkan usaha lain – usaha 1 Malaysia sebagai satu landasan membentuk perpaduan dan memulakan langkah baru mengimbangi partisipasi Melayu dalam semua sektor.

Pengimbangan perlu – moderat dan progresif dalam melaksanakan perubahan perlu dalam usaha kita membangunkan sesuatu kaum – yang ketinggalan dan dalam konteks ini Melayu. Persoalan yang berasaskan keutamaan politik individu perlu di tegah – kerana ini akan hanya mencampakkan minyak ke api perkauman.

Kita harus memulakan usaha dan usaha yang utama di maksudkan adalah untuk membentuk keyakinan kepada kaum Melayu dalam semua bidang. Namun ini hanya akan dapat tercapai sekiranya perubahan dan reformasi untuk memperkuatkan organisasi dan wadah perjuangan Melayu itu sendiri di buat.

UMNO kena memainkan peranan ini dahulu. Mematangkan perjuangan – mengikhlaskan cita-cita perlu ada dapat mengembalikan sokongan dan kekuatan agar Melayu itu sendiri dapat bercambah dengan sempurna. Sekiranya UMNO tidak mampu melakukan perubahan itu maka selagi itulah organisasi oportunis seperti PERKASA akan bangkit untuk tujuan yang mungkin nampak sama – iaitu isu Melayu tetapi dengan hasrat yang berbeza.

Perubahan dan reformasi UMNO perlu konklusif – nampak jelas dan tidak teragak-agak dalam melakukan perubahan. Kepimpinan UMNO harusnya mula dengan memutuskan secara beransur-ansur aliran negatif yang ada – yang di bawa sebelum ini sehingga BN/UMNO nampak di tolak pada PRU 12 lalu.

Apa yang berlaku sebelum ini perlu diambil iktibar dan bukan dijadikan alasan untuk mengatakan yang pahit itu manis. Bagaimana perubahan dan reformasi ini boleh dilakukan merupakan persoalan kehendak dan jati diri untuk berubah. Adakah UMNO mahu berubah merupakan persoalan utama dan bukan apa bentuk perubahan yang mahu dilakukan. Hari ini UMNO mampu tersepit – dengan agen provokatif Melayu seperti PERKASA mahu bersaing dengan agen cauvinis kaum yang lain. Keadaan ini mampu membantukan usaha UMNO dan keadaan ini perlu di tangani segera.


UMNO REFORM 2

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails