Tuesday, April 6, 2010

PERKASA umum tindakan terhadap MCA, Gerakan esok

Fuh! Gerunnya aku dengar.. Apakah tindakan yang akan diambil oleh PERKASA itu?

Adakah PERKASA akan memecat kedua-dua pemimpin dari MCA dan GERAKAN itu?

Atau adakah PERKASA yang PERKASA itu akan menyingkirkan MCA dan GERAKAN dari Barisan Nasional?

Adakah kedua-dua parti itu tidak akan merasakan kemenangan lagi didalam setiap pilihanraya yang akan datang kerana tidak disokong PERKASA?

Atau mungkinkah PERKASA akan menghalau keluar kedua-dua pemimpin MCA dan GERAKAN itu dari tanah Melayu?

Tapi itu semua tidak mungkin boleh dilakukan oleh PERKASA yang PERASAN itu.. kerana.. siapa PERKASA tu??

Salak lah PERKASA ooiii.. Bukit tak akan runtuh dengar salakan korang tu..



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengumumkan tindakan lanjut terhadap dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina kerana gagal memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu.

"Kita akan buat sidang media esok bagi mengumumkan perkara ini. Kita akan panggil semua pihak media, termasuk televisyen dan penulis blog," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah.

Jumaat lalu, PERKASA memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".

Sehari lepas itu, Teng dan Low dilaporkan enggan tunduk kepada desakan NGO Melayu tersebut dan tetap mempertahankan kenyataan mereka bahawa perjuangan PERKASA bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Manakala kedua-dua akhbar Sin Chew dan China Press - dua akhbar berbahasa Cina berpengaruh - pula setakat ini tidak memberikan sebarang respons berhubung tuntutan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman bagaimanapun enggan menyatakan lagi bentuk tindakan yang akan diambil mereka.

"Sabarlah, tidak berapa jam lagi (kita akan umumkan)," katanya Arman Azha yang kini tidak berada di ibu negara.

Menurut beliau, tindakan lanjut NGO itu akan diumumkan di ibu pejabatnya di ibu negara pada jam 3 petang esok.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails