Friday, April 9, 2010

Pengakuan Asiasoft: Hishamuddin, Musa Disaran Mohon Maaf, Letak Jawatan

Pendapat aku.. Hishammuddin boleh sekadar memohon maaf kerana beliau bukanlah Menteri Dalam Negeri semasa kejadian berlaku tetapi Musa Hassan sepatutnya meletakkan Jawatan kerana beliau memang menyedari kejadian..

Musa Hassan telah menyedarinya pada Disember 2008 lagi...apabila ada pihak yang telah mencadangkan penamatan kontrak Contractor yang berkaitan kerana Tentera Risik Israel terlibat didalam syarikat itu..

Jadi Musa Hassan wajar meletak jawatan!!


SHAH ALAM 9 APR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin menggesa individu yang terlibat menyorok maklumat mengenai penyusupan perisik Israel-Zionis di Bukit Aman, harus sekurang-kurangnya memohon maaf kepada rakyat.

Malah, beliau menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh dengan meletak jawatan.

Ia berikutan tindakan pro-aktif yang dilakukan KDN mahupun PDRM hanya dibuat selepas pendedahan dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

"Maknanya, kita bukan buat pendedahan kosong. Akhirnya, dengan bukti yang kita bagi, Musa Hasan dan Hishamudin sendiri terpaksa mengakui memang Asiasoft itu wujud.

"Kontrak dan tender itu wujud dan lebih dari itu, keselamatan negara tergadai apabila ejen perisikan telah masuk.

"Sekarang, seseorang harus bertanggungjawab. Kalau bukan Ketua Polis Negara, orang yang harus bertanggungjawab ialah Menteri Dalam Negeri. Paling tidak, dia kena minta maaf secara terbuka.

"Kalau lebih bermaruah, dia harus meletakkan jawatan," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Ibarat terantuk baru tengadah, begitulah gelagat Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia yang kelam kabut melakukan tindakan wajar selepas pendedahan dibuat Anwar.

Mengikut Malaysiakini, Hishammudin mengakui wujudnya masalah dengan Asiasoft yang didedahkan Anwar sebagai syarikat yang membawa masuk dua perisik Israel Zionis bagi mengendalikan perisian komputer di Bukit Aman.

Sepupu Perdana Menteri itu bagaimanapun menyatakan Asiasoft sudah ditamatkan perkhidmatannya dan mahu mengambil pendekatan bagi menyiasat pendedahan penyusupan dua perisik Israel Zionis itu.

Empat pendekatan itu ialah mengarahkan pegawai khasnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia, selain membawa isu ini ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.


TVSelangor

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails