Saturday, April 10, 2010

Palanivel : Bagilah saya peluang.. err.. peluang membuat harta.

Haa... bagilah kat dia peluang..peluang untuk membuktikan yang dia juga boleh menjadi kaya sebagaimana lain-lain pemimpin BN yang ada..


Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 10 April — “Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”

“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.

Kira-kira 9 malam tadi beliau berucap merasmikan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran Untuk Wanita anjuran Persatuan Penganut Dewa Ying Jun Miao di Bukit Beruntung.

Palanivel juga merayu kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang ditemuinya sepanjang semalam agar memberikan peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk kerajaan yang kuat, untuk Parlimen yang kuat, undi masyarakat Cina sangat penting... kami memerlukan sokongan masyarakat Cina.

“Masyarakat Cina mesti menyokong MIC, MIC akan menyokong calon MCA, Gerakan.

“Saya rayu kali ini pengundi-pengundi Cina akan menyokong calon MIC,” katanya yang ditemani beberapa pemimpin MIC ketika singgah di Bukit Beruntung.

“Saya tewas pada tahun 2008 dengan perbezaan undi kira-kira 0,04 peratus, tidak sampai setengah peratus. Oleh itu saya mengharapkan sokongan anda semua,” kata Palanivel lagi.

Pada 8 Mac 2008, Palanivel ditewaskan oleh wakil PKR Datuk Dr zainal Abidin Ahmad, yang juga bekas timbalan menteri besar ketika kerajaan negeri BN, dengan perbezaan 198 undi.

Kira-kira enam jam sebelum itu semasa berucap kepada kira-kira 50 orang pengundi Cina di Tokong Kuen Yin Kerk di Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Baru, Palanivel meminta masyarakat Cina supaya memberikan peluang kepada Najib yang genap setahun sebagai Perdana Menteri minggu lalu.

Najib meraikan setahun genap sebagai perdana menteri di bahagian Hulu Selangor.

“Saya minta satu peluang, berikan beliau satu peluang,” katanya.

Palanivel, Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas dalam saingan kali kelima dua tahun lalu tidak “berkempen” sebagai calon rasmi tetapi atas status penyelaras kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Palanivel dilantik sebagai penyelaras bahagian itu Oktober lalu.

Atas kapasitinya itu kata Palanivel, beliau menyelesaikan masalah dan permintaan penduduk tempatan termasuk berusaha mendapatkan peruntukan kewangan.

Semalam beliau menyerahkan sebahagian peruntukan yang dipohon penduduk tempatan Januari lalu.

[Palanivel menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil persatuan Cina di Kuala Kubu Baru, semalam.] Pertemuan dengan rakyat semalam bermula dengan majlis penyerahan tiga cek bernilai RM300,000 kepada dua persatuan masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dan disusuli dengan sesi beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Changkat Bintang, berhampiran Slim River, dan Kampung Orang Asli Serigala dan satu lagi pertemuan dengan masyarakat Cina di Bukit Beruntung.

Kedua-dua penempatan Orang Asli yang menyumbang kira-kira 120 undi merupakan kubu kuat bagi calon BN termasuk ketika dua tahun lalu.

Bagaimanapun BN gagal memperoleh undi sepenuhnya daripada masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dua tahun lalu.

Kira-kira 10 malam beliau meneruskan perjalanan ke Hulu Rening, berhampiran sempadan Genting Highlands untuk menemui pengundi-pengundi Melayu.

Palanivel memulakan siri pertemuan 3 petang semalam sehingga tengah malam seolah-olah beliau merupakan calon Barisan Nasional (BN). Pasukan Palanivel ini melalui perjalanan hampir 200 kilometer sehingga tengah malam.

Setakat ini, pengesahan rasmi menyebut hanya nama Palanivel telah dikemukakan kepada pucuk kepimpinan BN.

Pucuk kepimpinan MIC dan BN enggan mengesahkan sama ada ada nama-nama lain disalurkan kepada Najib yang juga Pengerusi BN.

The Malaysian Insider yang mengekori beliau dari 3 petang mendapati Palanivel memperlihatkan iltizam walaupun wujud cakap-cakap kemungkinan tidak dipilih sebagai calon.

Pembantu-pembantunya pula kelihatan bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja asas dengan mengemaskinikan profil beliau termasuk apa yang telah beliau lakukan sejak menjadi wakil rakyat kali pertama 20 tahun lalu.

Malah, beberapa pembantunya yang ditemui berkata Palanivel hanya mahu memberi tumpuan menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelaras dan tidak kisah dengan cakap-cakap bahawa ada usaha mahu mensabotaj beliau daripada diturunkan semula calon.

Umno Hulu Selangor juga masih meneruskan gesaan supaya pemimpin mereka diletakkan di Hulu Selangor walaupun Najib sudah mengumumkan ia sebagai kerusi MIC.

Nampaknya kerja-kerja asas itu dilakukan kerana Palanivel tidak mahu mengambil mudah dan membuang masa sekiranya beliau dipilih semula.

Selain Palanivel, sumber-sumber memberitahu Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan juga disebut-sebut sedang diperhalusi pucuk kepimpinan.

Kedua-dua mereka juga berada di Hulu Selangor malam tadi menemui pengundi tempatan.

Ketika berucap di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Serigala, Palanivel berkata, “kerusi Parlimen Hulu Selangor sangat penting bagi BN.”

Dewan serbaguna yang Palanivel berucap sudah dihiasi dengan bendera-bendera kecil BN dengan digantung satu potret Palanivel dengan mesej tertera “Calon kawasan Parlimen Hulu Selangor”, sekali gus menunjukkan ia kubu kuat BN,

The Malaysian Insider difahamkan potret itu dipasang dua tahun lalu tetapi tidak diturunkan sehingga sekarang. Turut digantung di sisi ialah potret bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Ini pilihan raya yang sangat penting. Kita dapat satu peluang bertanding di kerusi Parlimen.

“Setiap undi Orang Asli adalah undi untuk perdana menteri, itu penting. Beliau akan berikan perhatian khas untuk masyarakat Orang Asli,” kata Palanivel sambil meminta penduduk Orang Asli turun di Kuala Kubu Baru dengan simbol tradisi mereka pada hari penamaan Sabtu depan.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails