Saturday, April 17, 2010

P094 : Polis rampas kain rentang provokatif.

Polis telah merampas kain rentang yang agak provokasi serta alat pembesar suara dan akan menyiasatnya di bawah seksyen Sekseyen 268 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis juga mengesan pihak tertentu yang memakai baju yang bertulisan provokatif yang boleh menghasut.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti tindakan terhadap mereka yang terbabit.

Sehubungan itu, Khalid mengharapkan calon-calon yang bertanding tidak membangkitkan isu yang sensitif dan boleh menghasut orang ramai, dan mengambil tindakan tegas sekiranya engkar.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau mengesahkan tiada tangkapan yang dibuat sepanjang penamaan calon yang berlangusung pagi ini.

Khalid juga menasihatkan calon dan penyokong parti yang bertanding agar memohon permit sebelum mengadakan ceramah.

Beliau berkata, pihaknya akan memproses pengeluaran permit ceramah itu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Untuk itu, Khalid berkata, pihaknya menyediakan tiga tempat untuk semua pihak yang bertanding memohon permit tiga tempat, iaitu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, balai polis Sentosa dan balai polis Hulu Bernam.

Menurutnya, 1,000 anggota polis akan dikerahkan bertugas sepanjang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dan jumlahnya akan ditambah mengikut keperluan.

Pihaknya juga telah mengenal pasti lapan kawasan panas tetapi tidak mahu menyatakan lokasi kawasan terbabit.

“Nanti kalau beritahu, tempat tak panas jadi panas, dan berjangkit kepada (tempat) lain pulak,” katanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails