Thursday, April 15, 2010

P094 : Pertemuan MIC- Muhyiddin 'TERAKHIR' Kedua tengah hari ini..

MIC diberikan peluang untuk mengkaji semula pendiriannya setelah Presiden MIC mengadakan pertemuan ‘terakhir’ dengan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi dengan membawa ‘kata dua’ diputuskan dalam mesyuarat tergempar MIC malam tadi — formula menyelesaikan kemelut berkaitan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor .

Pertemuan 'terakhir' yang kedua dijangka diadakan pada tengahhari ini antara Samy Velu dan Muhyiddin beberapa jam sebelum pengumuman calon dibuat.

Berapa kali mahu peluang 'terakhir' Samy Vellu ni..

mmm.. hasilnya petang nanti.. Samy Vellu pasti berkata "Demi menghormati pimpinan tertinggi BN, MIC akan akur dan menyokong siapa saja yang dinamakan Muhyiddin"..

Poooodah!!! Gempar saja lebih Samy Vellu dengan MIC tu...



Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 15 April — MIC yang mengambil pendirian kata dua malam tadi — sama ada calonnya diterima atau tidak bertanding sama sekali di Hulu Selangor — diberikan peluang baru untuk mengkaji semula pendiriannya.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan antara Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira 8.30 pagi tadi.

The Malaysian Insider difahamkan pucuk kepimpinan BN tetap mahu meletakkan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan, bukannya calon tunggal yang dinamakan oleh MIC iaitu timbalan presidennya Datuk G. Palanivel.

Oleh kerana MIC terus berkeras, difahamkan pucuk kepimpinan sedia berkompromi dengan meminta MIC menamakan calon gantian.

“Jadi pucuk kepimpinan sedang mengadakan perbincangan. Pusingan pertama sudah berakhir dan sedang mengadakan pusingan kedua sebelum kembali kepada Tan Sri Muhyiddin,” kata sumber parti kepada The Malaysian Insider.

Samy Velu dijangka menemui semula Muhyiddin tengah hari — tinggal beberapa jam sebelum pengumuman calon dibuat.

Dalam pada itu, The Malaysian Insider difahamkan Umno Hulu Selangor sudah bersiap sedia dengan calonnya jika tiada perubahan di pihak MIC.

Malam tadi mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC membuat pendirian menolak daripada bertanding jika Palanivel yang disyorkan oleh MIC untuk bertanding di Hulu Selangor tidak diterima.

MIC sanggup untuk menyerahkan kerusi itu kepada Umno untuk meletakkan calonnya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails