Thursday, April 22, 2010

P094 : Najib di Reject Zaid sebenarnya..

Bukankah Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan Kabinet kerana tidak bersetuju dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)yang digunakan oleh kerajaan UMNO/BN untuk menzalimi rakyat?

Jadi sebenarnya Zaid Ibrahim telah meletak jawatan kerana beliau telah reject pentadbiran UMNO/BN..

Jadi siapa yang reject siapa sebenarnya.. kalau bukan Najib yang direject Zaid..


Najib anggap Zaid ‘barang reject’

HULU SELANGOR, 22 April — Datuk Seri Najib Razak mahu penduduk di Hulu Selangor menolak terus calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat mereka dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen kawasan itu Ahad ini.

“Kita reject dia (Zaid) sajalah, kita pilih BN biar kita kekalkan dia sebagai barang reject,” kata Perdana Menteri ketika berucap di bilik gerakan BN Hulu Bernam malam tadi.

Najib turun di Hulu Selangor kira-kira 14 jam selepas pulang dari lawatan ke luar negara hampir dua minggu.

Beliau singgah di Bukit Sentoasa, Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baru.

Pengerusi BN ini mengadakan enam persinggahan sepanjang enam jam berkempen di sini.

Pengundian berlangsung Ahad ini. Kempen masuk hari keenam hari ini.

“BN sudah mengenali Zaid luar dan dalam tentang siapa sebenarnya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

“Kita dah pernah satu pasukan dalam kerajaan... dah kenal luar dan dalam jadi tak payahlah nak cakap, daripada Kabinet dia masuk pihak pembangkang sebab itu kita ‘reject’ dia sajalah,” katanya.

Zaid pernah penjadi Ahli Parlimen Kota Baru dari 2004 hinggs 2008.

Beliau meletakkan jawatan menteri pada akhir 2008 dan Umno memecatnya beberapa bulan kemudian selepas beliau menulis surat terbuka kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib menambah, gagasan 1Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat sehingga mengatasi jenama barangan popular yang lain.

“Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka,” kata beliau dipetik Bernama.

Sementara itu dalam persinggahan seterusnya, Perdana Menteri berkata pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan ujian bukan sahaja kepada Model Ekonomi Baru yang beliau perkenalkan, tetapi juga satu ujian buat kepimpinan baru MCA.

Bercakap di Pusat Operasi BN yang terletak di bangunan MCA Kuala Kubu Baru, Najib berkata ia merupakan ujian sama ada mereka memperoleh sokongan masyarakat Cina atau sebaliknya.

“Ini adalah faktor yang besar untuk MCA menjadi sebuah parti yang berwibawa,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.

MCA, yang dilanda krisis selama beberapa bulan lepas, menyaksikan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden dalam pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini.

Najib berkata beliau mahu jentera BN melakukan yang terbaik dan menyokong calon gagasan itu P. Kamalanathan, yang berdepan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya kecil Ahad ini.

“Saya mahu masyarakat Cina berganding tangan bersama kaum India dan Melayu serta kaum lain untuk memacu Malaysia ke hadapan.

“Kami memerlukan mereka untuk turut serta... kami memerlukan masyarakat Cina Malaysia supaya menyokong kami,” katanya.

Terdapat kira-kira 17,000 pengundi Cina dalam kawasan pilihan raya itu daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi, manakala MCA sendiri mempunyai kira-kira 8,000 anggota di sini.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails