Monday, April 19, 2010

P094 : Muhyiddin kata BN Bukan Kerajaan Zalim.. tapi roboh rumah rakyat..

Menurut dakwaan Muhyiddin yang telah disiarkan pada 18 April,Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang.

Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sentiasa membela nasib dan tidak mengenepikan kebajikan rakyat.

"Kalau ada pihak yang mengatakan kerajaan BN menzalimi rakyat seperti yang disebut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kita tak beri perhatian kepada nasib rakyat, adakah penduduk di Hulu Selangor ini mati tak makan," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Choh di Hulu Selangor, hari ini.

mmm.. kalau nak mengharapkan bantuan dari kerajaan memang pasti akan ada penduduk yang akan mati kelaparan, lainlah kalau orang itu memang berniat untuk nak mati kerana tak makan..
Lagipun tak ada orang yang begitu bodoh menunggu bantuan dari kerajaan hingga mati tak makan..

Bukan saja tak membantu rakyat dikatakan zalim Muhyiddin.. menyusahkan rakyat pun zalim juga tu.. menyusahkan rakyat dengan merobohkan rumah mereka, macam berita dibawah ni..



RUMAH DIROBOH : PENDUDUK KG BAKAU TUNJUK PERASAAN BANTAH KEZALIMAN KERAJAAN BN



19 April 2010

KOTA KINABALU : Hujan yang turun tidak menghalang para penduduk mangsa rumah roboh mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Kg Bakau, Likas. Tidak kurang 200 orang penduduk berkumpul mengadakan tunjuk perasaan untuk menyuarakan bantahan mereka berikutan tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) meroboh rumah-rumah mereka yang telah didiami sejak 30 tahun yang lalu.








Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Anwar Ali dan Ketua Penerangan PAS Sabah Hishamudin Sulaiman bagi menyatakan sokongan moral PAS kepada mangsa kezaliman BN Sabah. Idris yang berkebetulan dalam perjalanan ke satu majlis di Tuaran singgah ke Kg Bakau untuk melihat sendiri keadaan yang dialami oleh mangsa roboh rumah Kg Bakau.

Idris yang terlalu sebak dan sedih hanya mampu menyampaikan ucapan selama lima minit dan tidak mampu meneruskan ucapan beliau. Laungan takbir dan “Hidup Pakatan Rakyat” sentiasa bergema mngiringi setiap kali pimpinan PAS menyampaikan ucapan mereka.

Diantara kandungan sepanduk dan poster penunjuk perasaan ialah “Beri hak kepada kami penduduk miskin selama 30 tahun menduduki Kg Bakau Likas”, “Kami bantah pencerobohan ini” dan “Air dan letrik kamu sudah potong tolong sambung kembali jangan siksa orang Islam sesama kita”.

Rumah-rumah penduduk Kg Bakau telah diroboh sejak isnin lalu. Mereka telah menduduki perkampungan ini sejak 30 tahun yang lalu. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama anggota Rela, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Polis, Sabah Electricty dan Jabatan Air telah melancarkan operasi meroboh rumah-rumah setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar 2010.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails